LG Urbane -W200 User Manual page 73

Hide thumbs Also See for Urbane LG-W200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Perentak jantung dan peranti perubatan lain
Orang menggunakan perentak jantung harus:
SENTIASA memastikan produk berada jauh lebih daripada enam (6)
inci dari perentak jantung apabila produk DIHIDUPKAN.
Jangan membawa produk di dalam saku dada.
Gunakan pergelangan tangan yang bertentangan dengan perentak
jantung untuk meminimumkan potensi gangguan RF.
MATIKAN produk dengan segera jika terdapat sebarang petunjuk
bahawa gangguan sedang berlaku.
Jika anda menggunakan peranti perubatan peribadi yang lain, rujuk
doktor anda atau pengeluar peranti anda untuk memastikan sama ada ia
dilindungi secukupnya daripada tenaga RF luaran.
Petua untuk menggunakan Bluetooth dan Wi-Fi
pada jam tangan anda
Apabila menyambungkan produk anda kepada peranti mudah alih
yang lain, peranti perlu diletakkan dekat dengan satu sama lain. Jika
tidak, ia akan menyebabkan pengendalian yang luar biasa atau hingar,
bergantung pada persekitaran penggunaan.
Di ruang terbuka, julat komunikasi Bluetooth biasanya menjangkau
kira-kira 10m. Julat ini mungkin berbeza-beza bergantung pada
persekitaran penggunaan.
Jangan letakkan halangan antara produk anda dan peranti yang
disambungkan. Isyarat keluar/masuk boleh menjadi lemah disebabkan
keadaan badan pengguna, dinding, penjuru atau halangan. Guna di
tempat yang tidak mempunyai halangan.
Apabila menggunakan sambungan Wi-Fi, jam tangan anda boleh
mendapatkan pemberitahuan daripada telefon atau tablet anda
walaupun Bluetooth tidak tersedia.
Jam tangan anda akan mencari dan menyambung kepada rangkaian
Wi-Fi yang terdekat berdasarkan senarai Wi-Fi yang didaftarkan pada
telefon anda.
Maklumat keselamatan
12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents