LG Urbane -W200 User Manual page 74

Hide thumbs Also See for Urbane LG-W200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Petua untuk skrin paparan
Jangan paparkan imej pegun untuk tempoh yang lama. Ini boleh
menyebabkan gelapan imej atau kesan pada skrin.
Aplikasi yang memaparkan skrin yang sama untuk lebih 10 minit
adalah tidak dicadangkan disebabkan potensi kerosakan skrin tidak
dilindungi waranti.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR).
Produk ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan
yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan
ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah
yang dipiawaikan dengan produk memancar pada paras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang digunakan.
Walaupun terdapat perbezaan antara paras SAR pelbagai model
produk LG, semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan
yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa (Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection - ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g
tisu bagi SAR Mulut atau 4.0W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu bagi
SAR yang dipakai pada Anggota Badan.
Nilai tertinggi SAR bagi produk model ini apabila diuji bagi kegunaan
Di Sebelah Mulut (Muka) ialah 0.418 W/kg (10g) dan untuk ysng
dipakai pada Anggota Badan (Pergelangan Tangan) ialah 2.890 W/kg
(10g).
Maklumat keselamatan
13

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents