Panasonic EP-MS41 Operating Instructions Manual page 63

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

AMARAN:
1. Sesiapa dengan mana-mana syarat disenaraikan di bawah atau sesiapa yang menjalani rawatan perubatan
perlu berunding dengan pakar perubatan mereka sebelum menggunakan unit:
a) Wanita mengandung, orang yang sakit, dalam keadaan fizikal yang lemah.
b) Orang yang mempunyai sakit belakang, leher, bahu atau pinggul.
c) Orang yang memakai perentak jantung, defibrilator atau peranti perubatan peribadi lain yang cenderung
kepada interferens elektron.
d) Orang yang mempunyai penyakit jantung.
e) Orang yang dilarang daripada menerima urutan oleh pakar perubatan disebabkan oleh trombosis atau
aneurisme, vena varikos akut atau gangguan peredaran lain.
f) Orang yang mempunyai tulang belakang yang kelengkungannya tidak sekata.
2. Pastikan tiada bahagian tubuh anda di antara kepala urutan apabila tindakan memicit mungkin mengakibatkan
kecederaan. Jangan masukkan lutut anda dalam bahagian urutan betis/tapak kaki.
3. Unit tidak boleh digunakan terhadap kulit tanpa pakaian. Walaupun pakaian nipis ia boleh meningkatkan
keberkesanan, mendedahkan kulit secara terus ke unit boleh merengsakan kulit.
Elakkan memakai apa-apa yang keras pada kepala anda seperti aksesori rambut, dll. apabila menggunakan
unit ini.
Tindakan urutan terlebih kuat perlu dielakkan pada belakang leher.
4. Elakkan urutan pada mana-mana bahagian tubuh anda sehingga melebihi 5 minit pada satu-satu masa.
Urutan berlebihan boleh terlebih merangsang otot dan saraf dan mengakibatkan kesan buruk atau kecederaan.
Unit tidak boleh digunakan lebih daripada jumlah 15 minit bagi setiap sesi untuk mengelakkan urutan berlebihan.
5. Semasa menggunakan unit, jika anda mula berasa sakit atau jika urutan kelihatan menyakitkan, berhenti
gunakannya serta-merta.
6. Anda tidak boleh tertidur semasa menggunakan unit atau menggunakan unit selepas meminum alkohol.
7. Pastikan mulai program urutan perlahan jika menggunakan unit buat kali pertama.
8. Jika unit berfungsi secara tidak normal, matikan kuasa dengan serta-merta dan pastikan unit diperiksa oleh
pusat servis yang ditentukan.
9. Elakkan cubaan untuk membaiki unit sendiri.
10. Selepas setiap urutan, luncurkan suis kuasa ke kedudukan "off" (matikan), pusingkan suis kunci kepada
kedudukan "lock" (kunci), keluarkan kunci dan palam kuasa.
11. Duduk di atas unit selepas mengesahkan tiada bahan asing di antara bahagian unit. (Periksa supaya tiada
bahan asing tersekat dalam bahagian urutan penyandar, tempat duduk atau kaki/tapak kaki.)
Kegagalan untuk memerhatikan pengawasan ini mungkin mengakibatkan kemalangan atau kecederaan.
12. Sentiasa kembalikan bahagian urutan kaki/tapak kaki ke kedudukan asalnya sebelum mengalihkan unit.
Kegagalan untuk memerhatikan pengawasan ini mungkin mengakibatkan kecederaan disebabkan oleh
bahagian urutan kaki/tapak kaki kembali ke kedudukan asalnya semasa unit dialihkan.
13. Jangan seret atau tolak unit dalam keadaan terpasang.
Jangan alihkan unit menggunakan roda atas lantai.
Lantai mungkin dirosakkan.
14. Jangan masukkan tangan atau tapak kaki anda di antara bahagian urutan kaki/tapak kaki.
Kegagalan untuk mematuhi pengawasan ini mungkin mengakibatkan kecederaan.
15. Unit ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak. Juga, jangan biarkan kanak-kanak bermain di atas unit atau
memanjat ke tempat letak kaki, tempat duduk, penyandar atau tempat letak tangan.
Jangan berdiri atau duduk di atas tempat letak kaki.
16. Jangan berdiri di atas bahagian urutan kaki/tapak kaki.
Anda mungkin tersandung pada pinggir pelapik hadapan dan terjatuh.
Bahagian hujung bagi bahagian urutan kaki/tapak kaki boleh terpusing, atau unit utama terjongket,
menyebabkan kemalangan atau kecederaan.
Juga, bahagian bawah bagi bahagian urutan kaki/tapak kaki boleh bersentuh atau mencalarkan lantai.
17. Jangan masukkan kaki anda di antara bahagian tapak kaki dan bahagian betis bagi bahagian urutan kaki/tapak
kaki dan mencuba untuk berdiri.
Kegagalan untuk mematuhi pengawasan ini boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan apabila jatuh.
18. Jangan masukkan tangan, lengan, kepala anda dsb. di antara celah bahagian urutan kaki/tapak kaki.
Untuk keselamatan, lipat simpan bahagian urutan kaki/tapak kaki apabila urutan anda selesai.
Kegagalan untuk mematuhi pengawasan ini mungkin mengakibatkan kecederaan.
EP-MS41_ASIA.indb
2
M2
2014-10-21
13:20:55

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents