Arahan Keselamatan Penting - Panasonic EP-MS41 Operating Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

Pengawasan asas perlu sentiasa diikuti apabila menggunakan unit elektrik, termasuk yang berikut.
Sila pastikan bahawa anda telah membaca semua arahan sebelum menggunakan Kerusi Rehat Urutan.
BAHAYA
1. Sentiasa cabut palam unit serta-merta selepas digunakan.
2. Sentiasa cabut palam unit sebelum membersihkan.
AMARAN
1. Unit tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan apabila dipalam masuk. Sentiasa cabut palam apabila tidak
digunakan.
2. Penyeliaan rapi dan berterusan adalah perlu apabila unit digunakan oleh orang yang terhad dalam keupayaan
mereka untuk bergerak atau berkomunikasi.
3. Gunakan unit untuk tujuan yang diterangkan dalam arahan ini.
4. Jangan berdiri di atas unit.
5. Jangan gunakan sebarang aksesori selain daripada yang disarankan oleh pengilang.
6. Unit ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak. Jauhkan kanak-kanak daripada unit. Keluarkan kekunci
apabila tidak digunakan dan simpan jauh daripada kanak-kanak.
7. Jangan sekali-kali kendalikan unit jika ia mempunyai kord atau palam kuasa yang rosak. Kembalikan unit
kepada pusat servis yang ditentukan jika ia tidak berfungsi dengan betul, jika ia terjatuh atau rosak atau jika ia
terendam di dalam air.
8. Setiop bulan, lipat bawah pelapik unit untuk memeriksa fabrik unit apabila gerakan kepala urutan tidak
terkoyak.
Sentiasa periksa fabrik unit untuk memastikan kepala urutan tidak terkoyak sebelum melampirkan pelapik unit.
Periksa fabrik hadapan dan belakang pelapik unit untuk memastikan ia tidak terkoyak.
Tidak kira betapa kecil koyakan tersebut, jika anda menjumpai satu koyakan sila berhenti gunakan unit dengan
serta-merta, cabut palam kuasa dan baiki unit di pusat servis yang ditentukan.
9. Jauhkan kord kuasa daripada yang permukaan panas. Jangan bawa unit dengan kord kuasa. Jauhkan palam
daripada pin, sampah dan kelembapan. (Lap habuk dengan kain kering.)
10. Unit tidak boleh berada di atas alat pemanasan, seperti permaidani elektrik, dll. Jangan kendalikan unit di
bawah selimut atau bantal. Pemanasan berlebihan boleh berlaku atau mengakibatkan kebakaran, renjatan
elektrik atau kecederaan terhadap orang.
11. Jangan sekali-kali sekat bukaan udara semasa pengendalian dan pastikan bahawa semua bukaan udara
bebas daripada lin rambut, dll. Jangan jatuhkan dan masukkan apa-apa ke dalam bukaan unit.
12. Unit tidak boleh digunakan dalam bilik mandi atau tempat basah dan lembap kerana ini mungkin
mengakibatkan renjatan elektrik atau unit menjadi pincang tugas. Air, dll. tidak boleh tertumpah pada alat
pengawal.
13. Jangan gunakan unit di luar.
14. Jangan gunakan unit di tempat produk semburan aerosol digunakan dan tempat oksigen digunakan.
15. Apabila mencabut palam unit, matikan alat kawalan sebelum mengeluarkan palam daripada salur keluar kuasa.
Pengubah tidak boleh digunakan kerana ini mungkin mengakibatkan renjatan elektrik atau unit menjadi pincang
tugas.
16. Sambungkan unit ini ke salur keluar terbumi sahaja. Lihat Arahan Pembumian.
17. Unit tidak mengandungi alat boleh guna pengguna dan bukaan atau penceraian sebarang bahagiannya
mungkin mengakibatkan renjatan elektrik atau kecederaan.
SIMPAN ARAHAN INI
M1
EP-MS41_ASIA.indb
1
– Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik:
– Untuk mengurangkan risiko melecur, kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan terhadap orang:
2014-10-21
13:20:55

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents