Download Print this page

Makita 9556PB Instruction Manual page 34

Hide thumbs Also See for 9556PB:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tindakan suis
► Rajah2: 1. Tuil buka kunci 2. Tuil suis 3. Butang
kunci
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat tuil suis bergerak dengan betul
dan kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Jangan tarik tuil suis secara paksa tanpa
menolak masuk tuil buka kunci.
Untuk alat dengan butang kunci
Untuk mengelakkan tuil suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, tuil buka kunci disediakan.
Untuk memulakan alat, tarik tuil buka kunci ke arah
pengendali dan kemudian tarik tuil suis. Lepaskan tuil
suis untuk berhenti. Untuk operasi berterusan, tarik tuil
suis dan kemudian tolak masuk butang kunci. Untuk
menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik tuil
suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Untuk alat tanpa butang kunci
Untuk mengelakkan tuil suis daripada ditarik
secara tidak sengaja, tuil buka kunci disediakan.
Untuk memulakan alat, tarik tuil buka kunci ke arah
pengendali dan kemudian tarik tuil suis. Lepaskan tuil
suis untuk berhenti.
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
(pemegang)
► Rajah3
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan genggaman sisi dipasang
dengan kukuh sebelum operasi.
Skru genggaman sisi dengan kukuh pada kedudukan
alat seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Memasang atau menanggalkan
pengadang roda (Untuk roda tengah
lekuk, berbilang cakera / roda
pemotongan pelelas, roda intan)
Untuk alat dengan pengadang roda
jenis skru mengunci
► Rajah4: 1. Pengadang roda 2. Kotak galas 3. Skru
► Rajah5: 1. Pengadang roda 2. Kotak galas 3. Skru
AMARAN:
Apabila menggunakan roda pengisaran
tengah lekuk/berbilang cakera, roda lentur,
berus roda wayar, roda pemotong atau roda
intan, pengadang roda mesti dipasang pada
alat supaya sisi tertutup pengadang sentiasa
menghala ke arah pengendali.
Apabila menggunakan roda intan / pemotong
lelas, pastikan anda menggunakan hanya
pengadang roda khas yang direka untuk
kegunaan dengan roda pemotong. (Di
sesetengah negara Eropah, apabila
menggunakan roda intan, pengadang biasa
boleh digunakan. Ikut peraturan di negara
anda.)
Lekapkan pengadang roda dengan bonjolan pada jalur
pengadang roda dijajarkan dengan takuk pada kotak
galas. Kemudian putarkan pengadang roda kepada
sudut tertentu sehingga ia boleh melindungi pengendali
mengikut kerja. Pastikan anda mengetatkan skru
dengan kemas.
Untuk menanggalkan pengadang roda, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
Memasang atau menanggalkan roda
pengisaran tengah lekuk/Berbilang
cekera
► Rajah6: 1. Nat kunci 2. Roda tengah lekuk/
Berbilang cekera 3. Bebibir dalaman
AMARAN:
Sentiasa gunakan pengadang yang dibekalkan
apabila roda pengisaran tengah lekuk/Berbilang
cekera berada pada alat. Roda boleh berkecai
semasa digunakan dan pengadang membantu
mengurangkan kemungkinan berlaku
kecederaan diri.
Lekapkan bebibir dalaman kepada spindel. Sesuaikan
roda/cakera pada bebibir dalaman dan skru nat kunci
kepada spindel.
Untuk mengetatkan nat kunci, tekan kunci aci dengan
kukuh supaya spindel tidak dapat berputar, kemudian
gunakan perengkuh nat kunci dan ketatkan mengikut
arah jam dengan kemas.
► Rajah7: 1. Perengkuh nat kunci 2. Kunci aci
Untuk menanggalkan roda, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
34 BAHASA MELAYU

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

9557pb9558pb