Philips AVENT SCF430/01 Manual page 6

Hide thumbs Also See for AVENT SCF430/01:
Table of Contents

Advertisement

Amaran untuk mengelakkan masalah payu dara dan puting termasuk kesakitan:
-
Sentiasa lepaskan pemegang sebelum anda mengalihkan badan pam
daripada payudara anda untuk melepaskan vakum tersebut.
-
Jika vakum tidak selesa dan menyebabkan rasa sakit, berhenti
mengepam dan tanggalkan pam susu badan daripada payudara anda.
-
Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu
masa jika anda tidak berjaya memerah susu. Cuba perah pada waktu lain
hari tersebut.
-
Jika proses ini menjadi sangat tidak selesa atau sakit, berhenti
menggunakan pam dan rujuk pada profesional penjagaan kesihatan anda.
-
Hanya guna aksesori dan bahagian yang disyorkan oleh Philips Avent sahaja.
-
Tiada pengubahsuaian pam susu badan dibenarkan.
Amaran: Jika anda dijangkiti Virus Imunodifisiensi Manusia (HIV) atau
Hepatitis B atau C, menggunakan pam susu badan tidak akan
mengurangkan atau menyingkirkan risiko menjangkitkan virus ini kepada
bayi anda melalui susu badan.
Awas
Amaran untuk mencegah kerosakan dan malfungsi pam susu badan:
-
Simpan bahagian jauh daripada permukaan yang panas untuk
mengelakkan kecacatan bentuk pada bahagian ini.
Membuat persediaan untuk guna
Buka, bersihkan dan nyahjangkit semua bahagian sebelum anda menggunakan
pam susu badan ini buat pertama kali dan selepas setiap penggunaan.
Awas: Berhati-hati semasa anda menanggalkan dan membersihkan
injap putih. Jangan masukkan objek ke dalam injap putih kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan.
Pembersihan dan penyahjangkitan
Langkah 1: Membuka
Semua bahagian pam susu badan dan botol hendaklah ditanggalkan. Injap
putih juga hendaklah dikeluarkan daripada pam susu badan.
Langkah 2: Pembersihan
Semua bahagian boleh dibersihkan secara manual atau di dalam mesin
basuh pinggan mangkuk.
Langkah 2A: Pembersihan manual
1
Bilas semua bahagian dengan teliti di bawah air paip jernih yang dingin.
2
Rendam semua bahagian selama 5 minit dalam air suam dengan sedikit
cecair pencuci pinggan mangkuk yang lembut.
3
Bersihkan semua bahagian dengan berus pembersih.
4
Bilas dengan teliti semua bahagian di bawah air paip jernih yang dingin.
5
Biarkan semua bahagian ini dikeringkan oleh udara di atas kain lap atau
rak pengering.
Langkah 2B: Pembersihan dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk
Nota: Pewarna makanan mungkin akan mengubah warna bahagian.
1
Letakkan semua bahagian di rak atas mesin pencuci pinggan mangkuk.
2
Letak sabun pencuci pinggan mangkuk atau tablet ke dalam mesin dan
jalankan program standard.
3
Biarkan semua bahagian ini dikeringkan oleh udara di atas kain lap atau
rak pengering.
Langkah 3: Menyahjangkit
Awas: Semasa penyahjangkitan dengan air mendidih, elakkan
botol atau bahagian lain daripada menyentuh tepi periuk. Ini boleh
menyebabkan perubahan bentuk atau kerosakan kekal pada produk,
yang bukan liabiliti Philips.
1
Isi periuk biasa dengan air yang secukupnya untuk merangkumi semua
bahagian dan letakkan bahagian ini ke dalam periuk tersebut. Biarkan air
mendidih selama 5 minit. Pastikan semua bahagian tidak menyentuh sisi
periuk.
2
Biarkan air menjadi sejuk.
3
Keluarkan semua bahagian dengan perlahan-lahan daripada air.
Letakkan semua bahagian pada permukaan bersih, kain pengelap
pinggan atau rak pengering untuk dikeringkan oleh udara.
Memasang pam susu badan
Pastikan anda telah membersihkan dan menyahjangkit bahagian pam susu
badan yang bersentuhan dengan susu.
Amaran: Berhati-hati, apabila anda menyahjangkit bahagian pam
susu badan dengan mendidihkannya, kerana ia boleh menjadi sangat
panas. Untuk mencegah lecuran, hanya mula memasang pam susu
badan apabila bahagian yang telah dinyahjangkit sudah sejuk.
Periksa bahagian kit pam susu badan untuk memastikan ia tidak lusuh atau
rosak sebelum menggunakannya dan ganti jika perlu.
Nota: Peletakan kusyen dan diafragma silikon dengan betul amat penting
supaya pam susu badan dapat membentuk vakum yang sesuai.
1
Masukkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak injap
seberapa dalam yang boleh (Raj. 2).
2
Pulas badan pam mengikut arah jam ke atas botol (Raj. 3) atau cawan
simpanan (Raj. 4) sehingga ia terpasang dengan ketat.
Nota: Jika anda menggunakan cawan simpanan, anda hendaklah
memulas penyesuai untuk cawan ke atas cawan simpanan dahulu (Raj.
4).
3
Masukkan batang penyambung ke dalam diafragma silikon (Raj. 5).
4
Masukkan diafragma silikon ke dalam badan pam dari atas. Pastikan
diafragma terpasang dengan kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke
bawah dengan jari anda untuk memastikan benar-benar kedap (Raj. 6).
5
Lekatkan pemegang kepada diafragma menggunakan batangnya
dengan menyangkutkan lubang pada pemegang ke hujung batang ini.
Tolak pemegang ke bawah pada badan pam sehingga ia berdetap di
tempatnya (Raj. 7).
6
Letakkan kusyen ke dalam badan pam (Raj. 8) dan pastikan bibir
menutup badan pam. Tolak bahagian dalam kusyen ke dalam corong
terhadap garisan yang dinyatakan dengan anak panah (Raj. 9).
Nota: Letakkan penutup kusyen (SCF430/10, SCF430/13, SCF430/15) di
atas kusyen untuk memastikan pam susu badan bersih semasa anda
bersedia untuk memerah.
Menggunakan pam susu badan
Amaran: Sentiasa gunakan pam susu badan dengan kusyen.
Nota: Hubungi profesional penjagaan kesihatan anda sekiranya anda
mempunyai soalan atau jika anda mengalami kesan sampingan.
Mengendalikan pam susu badan
1
Basuh tangan anda dengan rapi menggunakan sabun dan air dan
pastikan bahawa payu dara anda bersih.
2
Tekan badan pam yang sudah dipasang pada payu dara anda. Pastikan
puting anda berada di tengah-tengah, agar kusyen mewujudkan kedap udara.
3
Mula menekan pemegang ke bawah dengan lembut sehingga anda
berasa sedutan pada payudara anda (Raj. 10). Kemudian, biarkan
pemegang kembali kepada keadaan rehatnya. Ulangi langkah ini 5 atau
6 kali dengan cepat untuk memulakan refleks ‚melepaskan'.
Nota: Anda tidak perlu menekan pemegang sepenuhnya. Tekan ke
bawah setakat yang selesa untuk anda. Susu anda akan mula mengalir
tidak lama lagi, walaupun anda tidak menggunakan semua sedutan yang
dapat dijana oleh pam ini.
4
Apabila susu mula mengalir, gunakan rentak yang lebih perlahan dengan
menekan pemegang ke bawah dan terus menekan untuk seketika
sebelum kembali kepada kedudukan rehat. Teruskan dengan rentak
sebegini sementara susu anda sedang mengalir. Jika tangan anda letih,
cuba guna tangan yang sebelah lagi atau pam payudara yang satu lagi.
Nota: Jangan risau jika susu anda tidak mengalir dengan serta merta.
Tenang dan terus mengepam. Membetulkan kedudukan pam pada
payudara anda dari semasa ke semasa boleh membantu merangsang
aliran susu anda.
5
Teruskan mengepam sehingga anda berasa payudara anda kosong.
6
Setelah anda selesai memerah, tanggalkan pam susu badan daripada
payudara anda dengan berhati-hati dan tanggalkan botol atau cawan
simpanan daripada pam susu badan. Bersihkan bahagian lain yang
digunakan pada pam susu badan (lihat ‚Pembersihan dan penyahjangkitan').
Selepas digunakan
Amaran: Hanya simpan susu badan yang dikumpulkan dengan
pam yang telah dibersihkan dan dinyahjangkit.
Jika anda mahu menyusukan bayi anda dengan susu badan yang diperah
dalam masa 4 hari, anda boleh menyimpan susu badan tersebut di dalam
peti sejuk di dalam botol Philips Avent yang dipasang atau cawan
simpanan. Jika tidak, anda boleh menyimpan susu badan dalam peti sejuk
beku untuk sehingga 6 bulan.
1
Untuk menyimpan susu badan: tutup botol dengan cakera pengedap
dan gelang skru (Raj. 11).
2
Untuk menyediakan botol untuk menyusu bayi anda: Letakkan puting ke
dalam gelang skru dan skru gelang skru yang terpasang ke atas botol.
Kedapkan puting dengan penutup botol (Raj. 12).
3
Sekiranya cawan simpanan disertakan dengan pam susu badan manual,
pasangkan penutup skru pada cawan simpanan tersebut. Pastikan anda
menutupnya dengan betul untuk mengelakkan kebocoran (Raj. 13).
4
Buka dan bersihkan semua bahagian yang telah bersentuh dengan susu
(lihat ‚Pembersihan dan penyahjangkitan') badan.
Nota: Untuk kegunaan botol dan cawan simpanan yang selamat, sila
baca manual pengguna yang disertakan secara berasingan.
Amaran: Sejukkan atau bekukan susu yang telah diperah dengan
serta-merta atau simpan pada suhu bilik selama tempoh maksimum
4 jam sebelum anda menyusu bayi anda. Jangan sekali-kali
membekukan semula susu badan beku yang telah dicairkan untuk
mengelakkan kemerosotan kualiti susu. Jangan sekali-kali menambah
susu badan kepada susu badan beku untuk mengelakkan kemerosotan
kualiti susu dan penyahbekuan susu beku secara tidak sengaja.
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pam susu badan
dan petua memerah susu, layari www.philips.com/avent.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Avent scf430/10Avent scf430/13Avent scf430/15Avent scf430Scf430

Table of Contents