Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efi Sien - LG GS290 User Manual

Hide thumbs Also See for GS290:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 90
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan
efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Terdedah kepada kuasa frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar penyerapan Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model GS290 telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang
memasukkan margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan
keselamatan semua pengguna tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon
LG, ia semua direka bentuk untuk memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (Commission on Non-Ionising Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR tertinggi untuk telefon model ini diuji oleh DASY4 untuk
penggunaan di telinga 0.993 W/kg (10g) dan apabila diletakkan pada badan
adalah 0.543 W/kg (10g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan
Elektronik (Institute of Electrical and Electronics Engineers) (IEEE), iaitu
1.6W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.
22

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents