Menggunakan Tetapan Lanjutan - LG KF510 User Manual

Hide thumbs Also See for KF510:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Imbangan putih - Imbangan putih
memastikan bahawa mana-mana warna putih
dalam video anda adalah realistik. Untuk
menyelaraskan imbangan putih pada kamera
anda dengan betul, anda perlu menentukan
keadaan cahaya. Pilih dari Auto, Mod
malam, Siang hari, Pijar, Berawan atau
Pendarfluor.
Kesan warna - Pilih dari empat pilihan
ton warna: Off (normal/warna), Sepia, Mono
(hitam dan putih) atau Negatif.
EV - Kontras menentukan perbezaan
antara cerah dan gelap dalam sesuatu
imej. Imej berkontras rendah akan kelihatan
kabur, manakala imej berkontras tinggi akan
kelihatan lebih jelas. Sentuh anak panah <
dan > dan gelangsarkan penunjuk kontras di
sekeliling bar, ke arah - untuk kontras yang
lebih rendah, imej lebih kabur atau ke arah +
untuk kontras tinggi , imej lebih tajam.

Menggunakan tetapan lanjutan

Sentuh Pilihan untuk membuka semua
pilihan tetapan lanjutan. Gunakan anak panah
pad sentuh untuk menavigasi pilihan.
Kamera Video - Pilih untuk memilih dari
Foto ke Mod Kamera Video.
Paparan - Anda boleh menutup semua ikon
dan pilihan untuk skrin pencari pandangan
yang lebih jelas. Hanya sentuh anak panah
< untuk meletakkan semula semua ikon dan
pilihan ke skrin semula.
Resolusi - Lihat Menukar saiz imej pada
halaman 32.
Kualiti - Pilih antara Normal, Halus dan
Sangat Halus. Lebih halus kualiti lebih tajam
gambar yang akan diperolehi tetapi sebagai
hasilnya saiz fail akan meningkat yang
bermaksud anda boleh menyimpan foto yang
lebih sedikit dalam memori anda.
Pengurangan goncangan - Pilih Hidup
untuk tangan yang terketar-ketar.
Fokus Auto - Hidupkan atau Matikan Fokus
auto. Kamera anda boleh melaraskan fokus
secara automatik untuk imej jelas dan tajam
dengan tekanan tunggal butang kamera.
Nada pengatup - Pilih salah satu daripada
tiga bunyi pengatup atau matikan bunyi.
Skrin grid - Anda boleh menetapkan garis
panduan pada skrin pencari pandangan anda.
Pilih dari OFF, Mudah atau Tiga bahagian.
Simpan ke- Pilih sama ada untuk
menyimpan foto anda ke memori telefon atau
ke memori luaran.
01
02
03
04
05
06
07
08
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents