LG -G262 User Manual page 77

Table of Contents

Advertisement

Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
• Jangan memegang antenna sambil membuat panggilan
telefon. Ini akan menjejas mutu panggilan dan menye-
babkan telefon beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi
daripada yang diperlukan dan masa penggunaan kuasa
bateri di kurangkan.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan
sekalikali menghalakan alur inframerah ke arah mata
seseorang.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang
boleh menjejas prestasinya.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan
daripada meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu
di dalam saku dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat
gangguan daripada telefon bimbit.
• Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
• Jangan bengkokkan, calarkan, atau dedahkan ia kepada
elektrik statik.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggu-
naan telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membu-
6
LG-G262
at dan menjawab panggilan jika keadaan memandu
memerlukan.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
• Apabila berada di dalam kereta, jangan biarkan telefon
anda atau pasang kit bebas tangan berdekatan dengan beg
udara. Jika kelengkapan wayarles tidak dipasang dengan
betul dan beg udara diaktifkan, anda boleh mengalami
kecederaan serius.
Kawasan Letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang
dijalankan. Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi sebarang
undang-undang atau peraturan.
Persekitaran Boleh Meletup
• Jangan menggunakan telefon di tempat mengisi bahan
bakar. Jangan gunakan berdekatan dengan bahan bakar
atau kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah
terbakar, atau bahan letupan di dalam petak simpanan
kenderaan anda, yang mengandungi telefon bimbit anda
dan aksesoriaksesorinya.
Di Dalam Pesawat
Peranti-peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di
dalam pesawat.
• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang
pesawat.
• Jangan gunakan ia di lapangan terbang tanpa izin daripada
kakitangan.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents