Download Print this page

Philips PerfectCare Compact Plus User Manual page 20

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4
Bahasa Melayu
22
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-
kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya. Kemudian, bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki,
kosongkannya dan simpan untuk penggunaan masa hadapan (Raj. 21).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 8. Pastikan anda mengosongkan bekas
Pembersihan Kerak sebelum memulakan proses Pembersihan Kerak.
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada
kerak yang terkumpul di dalam seterika. Ini perkara biasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses Pembersihan Kerak, rujuk video
dalam pautan ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Penyimpanan
1 Matikan perkakas dan cabut palam.
Nota: anda disyorkan untuk mengosongkan tangki air setiap kali selepas penggunaan.
2 Letakkan seterika pada platform seterika dan kunci dengan menolak butang pelepas pembawa
(Raj. 22).
3 Gulungkan hos bekalan dan simpan hos bekalan di dalam petak penyimpanan hos bekalan
(Raj. 23).
4 Gulungkan kord sesalur kuasa dan ikat dengan jaluran Velcro.
5 Anda boleh membawa perkakas dengan sebelah tangan menggunakan pemegang seterika apabila
seterika dikunci pada platform seterika.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak
dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk
mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah
Seterika tidak
menghasilkan stim.
Stim tidak keluar dari
plat tapak, lampu
butang CALC CLEAN
berkelip dan perkakas
mengeluarkan bunyi bip.
Titisan air menitik keluar
dari plat tapak.
Penyebab yang mungkin
Air di dalam tangki air tidak
mencukupi.
Anda tidak menekan picu
stim.
Fungsi stim telah
dinyahdayakan sehingga
anda melakukan proses
Pembersihan Kerak.
Pada permulaan sesi
penyeterikaan anda, picu stim
tidak ditekan dengan cukup
lama.
Anda tidak melakukan atau
belum melengkapkan proses
Pembersihan Kerak.
Selepas proses Pembersihan
Kerak, baki air mungkin akan
mengalir keluar dari plat
tapak.
Penyelesaian
Isi tangki air. Tekan dan tahan picu stim
sehingga stim keluar. Perkakas mungkin
akan mengambil masa selama 30 saat
untuk mengeluarkan stim.
Tekan dan tahan picu stim sehingga stim
keluar.
Lakukan proses Pembersihan Kerak
untuk memulihkan fungsi stim. (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan')
Tekan dan tahan picu stim sehingga
stim keluar. Perkakas mungkin akan
mengambil masa selama 30 saat untuk
mengeluarkan stim.
Lakukan proses Pembersihan Kerak
untuk mendayakan fungsi stim sekali
lagi (lihat bab 'Pembersihan dan
penyelenggaraan').
Lap plat tapak dengan sekeping
kain. Jika lampu Pembersihan Kerak
masih berkelip dan perkakas masih
mengeluarkan bunyi bip, lakukan
proses Pembersihan Kerak (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan').

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc7920/20Gc7933/36Gc7920/26