Download Print this page

Philips PerfectCare 9000 Series User Manual page 25

Hide thumbs Also See for PerfectCare 9000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4
Penyeterikaan menegak
Stim panas akan keluar daripada seterika. Jangan cuba hilangkan kedutan
baju yang sedang dipakai. Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda
atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika dalam keadaan menegak untuk
menghilangkan kedutan daripada baju yang digantung.
1
Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh
pakaian dengan lembut pada plat tapak (Raj. 17).
Nota: Mod stim automatik pintar tidak tersedia untuk penyeterikaan
menegak untuk keselamatan anda.
Tetapan MAX
Untuk jumlah stim yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan tetapan
MAX.
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat sehingga lampu MAX
bertukar putih (Raj. 18).
Nota: Dalam tetapan Max, perkakas anda akan sentiasa memberikan
jumlah stim maksimum, manakala suhu masih akan dilaraskan secara
automatik.
2
Perkakas akan beralih kepada mod stim biasa secara automatik selepas
15 minit untuk menjimatkan kuasa.
3
Untuk mematikan terus tetapan MAX pada bila-bila masa, tekan dan tahan butang hidup/mati
selama 2 saat sehingga lampu MAX padam.
Pematian automatik
-
Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan memasuki mod siap sedia
jika tidak digunakan selama 4-5 minit. Lampu pada butang hidup/mati
akan mula berkelip (Raj. 19).
-
Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati atau
picu stim. Perkakas mula menjadi panas sekali lagi.
-
Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama
10 minit lagi selepas beralih kepada mod siap sedia. Lampu butang
hidup/mati akan mati.
PENTING - EASY DE-CALC
Anda perlu menggunakan fungsi EASY DE-CALC sebaik sahaja lampu EASY
DE-CALC mula berkelip (Raj. 20) dan perkakas mengeluarkan bunyi bip
secara berterusan.
Lampu EASY DE-CALC akan berkelip dan perkakas akan mengeluarkan
bunyi bip secara berterusan selepas kira-kira sebulan atau 10 sesi
penyeterikaan untuk menandakan bahawa perkakas perlu dinyahkerak.
Lakukan prosedur EASY DE-CALC sebelum menyambung semula
penyeterikaan.
1
Keluarkan palam daripada soket dinding.
2
Letakkan perkakas di bahagian tepi permukaan meja.
BAHASA MELAYU
17
18
2 sec
19
20
27

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Perfectcare psg9050/26Perfectcare psg9050/20