Download Print this page

Philips PerfectCare 9000 Series User Manual page 24

Hide thumbs Also See for PerfectCare 9000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4
BAHASA MELAYU
26
Menyeterika dengan mod stim automatik pintar
12
13
Menyeterika dalam mod manual
14
15
Fungsi pancutan stim
16
2x
Perkakas anda dilengkapi dengan stim automatik pintar hasil daripada
teknologi sensor DynamiQ yang mengetahui cara dan waktu seterika
anda bergerak. Apabila anda menghidupkan perkakas anda, mod ini akan
diaktifkan secara lalai (Raj. 12). Digandingkan dengan teknologi ActiveSense,
seterika anda akan mengeluarkan jumlah stim yang secukupnya secara
automatik berdasarkan pergerakan anda dan jenis fabrik tanpa perlu
menggunakan picu stim.
Dalam mod stim automatik pintar, stim akan dikeluarkan secara automatik
apabila anda menggerakkan seterika dan berhenti apabila anda berhenti
menggerakkan seterika. (Raj. 13). Anda masih boleh menekan picu stim
dalam mod ini untuk mengaktifkan stim apabila seterika tidak bergerak.
Nota: Dalam mod stim automatik pintar, stim akan berhenti apabila
seterika diangkat untuk keselamatan anda.
Pastikan papan seterika sesuai dengan saiz dan berat penjana stim.
Anda boleh mengawal jumlah stim secara manual semasa menyeterika
dengan mematikan mod stim automatik pintar.
-
Untuk keluar daripada mod stim automatik pintar, tekan butang stim
automatik pintar (Raj. 14). Lampu stim automatik pintar terpadam. Anda
perlu menekan picu stim untuk menyambung semula penyeterikaan.
-
Dalam mod manual, teknologi ActiveSense masih akan melaraskan
suhu dan jumlah stim secara automatik mengikut fabrik yang berlainan
tetapi anda perlu menekan picu stim untuk mengaktifkan pengeluaran
stim.
Amaran: Jangan sekali-kali halakan stim kepada sesiapa.
Nota: Untuk hasil terbaik pada fabrik yang susah diseterika seperti kapas,
linen dan denim, pastikan picu stim ditekan secara berterusan apabila
anda menggerakkan seterika pada fabrik (Raj. 15). Kemudian gerakkan
seterika pada kawasan yang sama beberapa kali tanpa stim untuk
mengeringkan fabrik.
Nota: Untuk hasil terbaik pada fabrik sintetik sutera dan berkilat, anda
disyorkan untuk memastikan picu stim ditekan secara berterusan semasa
menyeterika.
Fungsi pancutan stim direka bentuk untuk membantu anda menangani
kedutan yang degil.
-
Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengaktifkan fungsi
pancutan stim. Perkakas akan melepaskan 3 pancutan stim yang kuat
(Raj. 16).

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Perfectcare psg9050/26Perfectcare psg9050/20