Download Print this page

Philips PerfectCare 9000 Series User Manual page 23

Hide thumbs Also See for PerfectCare 9000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4
Nota: Untuk penggunaan kali pertama, kami mengesyorkan anda meletakkan seterika pada
papan seterika sebelum anda menghidupkan perkakas untuk prestasi optimum.
Anda akan mendengar bunyi air dipam untuk menjana stim daripada bahagian tapak produk anda.
Lampu isyarat air rendah
Apabila tangki air hampir kosong, lampu 'isyarat air rendah' akan berkelip. Isi tangki air dan tekan
picu stim supaya perkakas menjadi panas sekali lagi. Apabila lampu 'seterika sedia' menyala
berterusan, anda boleh menyambung semula penyeterikaan menggunakan stim.
Menggunakan perkakas anda
Teknologi ActiveSense
Perkakas anda dilengkapi dengan teknologi penderia fabrik yang pertama di
dunia pada seterika yang dipanggil ActiveSense. Teknologi ini berfungsi dengan
kecerdasan buatan menderia fabrik semasa menyeterika dengan kamera terbina
dalam, melaraskan suhu yang ideal dan jumlah stim secara automatik. Anda juga
boleh meninggalkan seterika anda di atas papan seterika tanpa risiko terbakar.
Teknologi ActiveSense membolehkan anda menyeterika pelbagai
jenis fabrik yang boleh diseterika dalam sebarang jujukan tanpa perlu
melaraskan suhu seterika.
Lampu 'seterika sedia' boleh bernyala dengan stabil sama ada dalam warna
biru atau putih, sepadan dengan paras suhu/stim yang diperlukan (biasa
dan tinggi untuk lampu yang berkenaan), berdasarkan jenis fabrik yang
dikesan.
Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika (Raj. 9), contohnya linen, kapas,
poliester, sutera, wul, viskos dan rayon.
Nota: Jangan seterika pada cetakan, walaupun fabrik sekeliling item
boleh diseterika.
Untuk sesetengah fabrik dan kemasan yang halus (contohnya: suede,
baldu, tenunan logam, labuci), anda disyorkan untuk menggunakan stim
pada pakaian dari jarak dekat.
Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika (Raj. 10). Fabrik ini termasuk
fabrik sintetik, seperti Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan
poliolefin.
Semasa menyeterika, anda boleh meletakkan seterika sama ada pada
platform seterika atau secara mendatar pada papan seterika. Dengan
teknologi ActiveSense, plat tapak tidak akan merosakkan alas papan
seterika (Raj. 11).
Nota: Anda akan mendapati sedikit stim apabila seterika diletakkan
bagi tempoh yang lebih lama. Keadaan ini yang merupakan sebahagian
daripada proses sistem adalah normal untuk memastikan plat tapak
berada pada suhu yang betul semasa diletakkan. Semasa proses ini,
lampu 'seterika sedia' akan berkelip biru.
Nota: Kurangkan sentuhan bahagian depan seterika kerana bahagian ini
akan menjadi panas.
BAHASA MELAYU
9
10
11
25

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Perfectcare psg9050/26Perfectcare psg9050/20