Download Print this page

Philips HP3643 Manual page 29

Hide thumbs Also See for HP3643:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Menggunakan perkakas
Ilmu berkaitan - Penggunaan pemanas inframerah
Pemanas inframerah memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan
menghangatkan tisu. Kehangatan ini memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu
mengurangkan kesakitan. Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan
pembuluh darah. Ini akan melajukan penghantaran bahan yang diperlukan untuk membina semula
dan menyuburkan tisu badan. Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepat proses metabolisme
dan pengeluaran bahan buangan daripada badan. Oleh sebab ini menjadikan tisu mudah dilenturkan,
kehangatan juga mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.
Disebabkan kesan ini, penggunaan pemanas inframerah boleh melegakan kesakitan yang disebabkan
oleh masalah otot dan sendi.
Aplikasi Kemungkinan:
-
Kelegaan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
-
Kelegaan untuk sakit bahagian bawah belakang.
-
Persediaan untuk mengurut
Penyediaan untuk menggunakan pemanas inframerah
1
Letakkan kekaki pada permukaan yang stabil dan rata (Gamb. 5).
2
Masukkan tiub kekaki ke dalam kekaki sehingga ia terkunci pada tempatnya (Gamb. 6).
Nota: Terdapat hanya satu cara untuk memasang tiub pada kekaki.
3
Pasang bingkai lampu pada bahagian atas tiub kekaki (Gamb. 7).
Untuk memastikan semua bahagian telah dipasang dengan betul, periksa sama ada butang kunci
yang dimuat spring boleh nampak dalam lubang. (Lihat rajah 1).
4
Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 35mm ruang kosong di sekeliling perkakas untuk
mengelakkan daripada pemanasan melampau (Gamb. 8).
Dengan adanya kekaki, perkakas ini dapat digunakan dalam pelbagai posisi. Di bawah ini adalah
beberapa contoh.
-
Untuk memanaskan bahagian belakang dari bahu ke pinggul, letakkan perkakas di sebelah katil,
dengan bingkai lampunya dalam posisi yang tertinggi serta dicondongkan ke bawah.
Baringlah dengan selesa secara meniarap (Gamb. 9).
-
Untuk memanaskan bahagian belakang anda, letakkan perkakas di sebelah katil, dengan bingkai
lampu pada posisi yang paling rendah. Baring dengan selesa secara mengiring ke kiri atau ke
kanan (Gamb. 10).
-
Untuk memanaskan bahagian atas belakang dan bahu, letakkan perkakas di belakang kerusi atau
tempat duduk lain, dengan bingkai lampu dalam posisi mendatar. Duduklah dengan selesa sambil
menghadapkan bahagian belakang anda ke arah perkakas (Gamb. 11).
-
Untuk memanaskan belakang anda, letakkan perkakas di sebelah kerusi atau bangku, dengan
bingkai lampu dalam posisi menegak. Duduklah dengan selesa sambil menghadapkan bahagian
belakang anda ke arah perkakas (Gamb. 12).
Petua: Orang yang berbadan kecil yang hendak memanaskan bahagian bawah belakangnya ketikal
duduk di atas kerusi boleh meletakkan kaki di atas bangku kaki yang rendah supaya lebih selesa.
BAHASA MELAYU
29

Hide quick links:

Advertisement

loading