LG KU380 User Manual page 147

Hide thumbs Also See for KU380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis Panduan bagi Penggunaan yang
Baca garis panduan mudah ini. Jika tidak
mengikuti garis panduan ini boleh mendatangkan
bahaya dan menyalahi undang-undang. Maklumat
terperinci selanjutnya diberikan dalam manual ini.
Maklumat sijil (SAR)
PERANTI INI MEMATUHI GARIS
PANDUAN ANTARABANGSA BAGI
PENDEDAHAN TERHADAP GELOMBANG
RADIO
Telefon mudah alih anda adalah penghantar dan
penerima radio. Ia direka dan dikilangkan bukan
untuk melampaui had pendedahan terhadap
frekuensi radio (RF) yang disyorkan oelh garis
panduan antarabangsa (ICNIRP). Had ini adalah
sebahagian daripada garis panduan komprehensif
dan tahap kebenaran tenaga RF bagi populasi
umum yang wujud. Garis panduan ini telah
dibangunkan oleh organisasi saintifik bebas
secara berkala dan melalui penilaian pengajian
saintifik. Garis panduan ini merangkumi margin
keselamatan penting yang direka bentuk untuk
memastikan keselamatan semua orang, tanpa
mengira usia dan kesihatan.
Pendedahan standard bagi peranti mudah alih
menggunakan unit pengukuran yang dikenali
sebagai Kadar Penyerapan Khusus atau SAR.
Had SAR dinyatakan dalam garis panduan
antarabangsa iaitu 2.0 W/kg*. Ujian bagi
SAR?dikendalikan menggunakan kedudukan
Selamat dan Cekap
pengoperasian standard yang mana peranti itu
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang
tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun SAR ditentukan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi, SAR?sebenar pada
peranti itu boleh direndahkan pada aras nilai
maksimum semasa beroperasi. Ini disebabkan
peranti itu direka untuk beroperasi pada pelbagai
aras kuasa, oleh itu ia hanya digunakan pada aras
kuasa yang diperlukan untuk mencapai rangkaian
itu. Umumnya, semakin dekat anda pada stesen
liputan, semakin rendah kuasa output pada
peranti itu. Sebelum model telefon tersedia
untuk dijual kepada pembeli, kepatuhan secara
langsung dengan pihak European R&TTE mestilah
ditunjukkan. Kepatuhan ini adalah termasuk
sebagai salah satu keperluan perlindungan
kesihatan dan keselamatan bagi pengguna dan
orang lain. Nilai tertinggi SAR bagi peranti ini
untuk penggunaan di telinga adalah 0.929 W/kg.
Peranti ini mematuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam
kedudukan normal pada telinga atau apabila
diletakkan sekurang-kurangnya 1.5 sm daripada
badan. Apabila sarung pembawa, pita klip
atau pemegang digunakan untuk dipakai pada
badan, ia tidak seharusnya mengandungi
logam dan mestilah meletakkan produk itu
sekurangkurangnya 1.5 sm daripada badan anda.
Dalam arahan untuk memindahkan fail data atau
mesej, peranti ini memerlukan sambungan kualiti
pada rangkaian.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents