Download Print this page

Philips HD2683 Manual page 18

Hide thumbs Also See for HD2683:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
18
Pembersihan
1
Tanggalkan plag perkakas.

Biarkan perkakas itu menyejuk.

Bersihkan peralatan dengan suatu kain basah.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas ke dalam air.

Untuk mengeluarkan serdak dari perkakas, luncurkan bekas serdak keluar dari perkakas dan
bersihkannya (Gamb. 13).
Jangan terbalikkan perkakas dan jangan goncangkannya untuk mengeluarkan serdak.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.
philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan
nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara
anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan
Penjagaan Diri Philips.
Menyelesaikan masalah
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau hubungi Jabatan Servis
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Masalah
1. Perkakas tidak
berfungsi.
2. Roti terlekat di dalam
perkakas.
3. Roti bakar terlalu
gelap/cerah.
4. Asap keluar dari
pembakar.
5. Kord sesalur rosak.
Penyelesaian
Periksa sama ada plag dimasukkan dengan betul ke dalam soket dinding.
Jika pembakar masih tidak berfungsi, bawa ke pusat servis yang disahkan
oleh Philips untuk diperiksa.
Cabut plag peralatan dan biarkan sehingga sejuk. Keluarkan kepingan
roti dari pembakar dengan teliti. Berhati-hati supaya tidak merosakkan
unsur pemanas semasa mengeluarkan kepingan roti. Jangan sekali-kali
gunakan objek logam bagi tujuan ini.
Periksa seting pemerangan yang dipilih bagi pembakaran. Pilih seting
yang lebih rendah pada kali berikutnya jika roti bakar terlalu gelap dan
seting yang lebih tinggi jika roti bakar terlalu cerah.
Anda telah memilih seting pemerangan yang terlalu tinggi bagi jenis roti
yang dimasukkan. Tekan butang henti untuk menghentikan proses
pembakaran.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd2623Hd2621