Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HD2683 Manual

Hide thumbs Also See for HD2683:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BaHasa MElayu

16
awas
-
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat
perkakas itu diletakkan.
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian logam pembakar, kerana ia menjadi sengat panas semasa
membakar. Hanya sentuh alat kawalannya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Sambungkan peralatan hanya dengan soket dinding yang dibumikan.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Pembakar ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja dan hanya boleh digunakan di
dalam rumah. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan komersial atau industri.
-
Jika kepingan roti terlekat di dalam pembakar, cabut plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk
sebelum mencuba untuk mengeluarkan roti. Jangan gunakan pisau atau alat tajam, kerana ini
boleh merosakkan unsur pemanas.
-
Rak pemanasan hanya dimaksudkan untuk memanaskan ban atau kroisan. Jangan letakkan apa-
apa ramuan lain di atas rak pemanasan, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbaya.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
Tanggalkan apa-apa pelekat dan lap jasad pembakar dengan kain lembap.
Sebelum menggunakan perkakas pada kali pertama, kami menasihatkan anda supaya menjalankan
beberapa kitaran lengkap pembakaran tanpa kepingan roti pada seting pemerangan tertinggi di
dalam bilik yang diudarakan. Ini akan membakar apa-apa habuk yang mungkin terkumpul pada unsur
pemanas dan mencegah bau kurang enak apabila membakar roti.
Menggunakan perkakas
1
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata, jauh dari langsir dan bahan mudah
bakar yang lain. Masukkan plag ke dalam soket dinding.

Anda boleh melaraskan panjang kord dengan melilitkan sebahagian daripadanya di sekeliling
pendakap pada tapak perkakas.
Membakar roti
Jangan sekali-kali biarkan perkakas berfungsi tanpa dijaga.
1
Masukkan satu atau dua keping roti ke dalam pembakar (Gamb. 2).

Pilih seting pemerangan yang dikehendaki. (Gamb. 3)
Pilih seting yang rendah (1-2) bagi roti yang dibakar ringan dan seting yang tinggi (5-7) bagi roti yang
lebih dibakar lebih gelap.

Tekan tuil pembakar untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 4)
Tuil pembakar akan hanya tetap di bawah apabila perkakas disambungkan ke sesalur kuasa.
Butang henti menyala.
,
Bahagian logam pembakar menjadi panas semasa pembakaran. Jangan sentuhnya.

Apabila roti siap dibakar, ia akan meloncat naik dan pembakar akan mati kuasa.
-
Pembakar akan mati kuasa secara automatik. Anda boleh menghentikan proses pembakaran dan
meloncatkan roti naik pada bila-bila masa dengan menekan butang STOP (HENTI) di atas
pembakar (Gamb. 5).

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hd2623Hd2621