Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG D505 User Manual

Hide thumbs Also See for D505:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan
mengumpulkan log kesilapan.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan
isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang
dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca
bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG
yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model LG-D505 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga
ialah 0.558 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.570 W/kg (10g).
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents