LG D505 User Manual page 113

Hide thumbs Also See for D505:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents