Perkhidmatan Lokasi; Keselamatan - LG P990 User Manual

Hide thumbs Also See for P990:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 269

Perkhidmatan lokasi

Gunakan menu Perkhidmatan lokasi untuk
menetapkan pilihan anda bagi menggunakan
dan berkongsi lokasi anda semasa anda
mencari maklumat dan menggunakan
aplikasi berdasarkan lokasi, seperti Peta.
Perkhidmatan lokasi Google - Tandakan
untuk menggunakan maklumat daripada
Wi-Fi dan rangkaian mudah alih bagi
menentukan anggaran lokasi anda,
digunakan semasa mencari dalam Google
Maps dan aplikasi lain. Apabila anda
tandakan pilihan ini, anda akan ditanya
sama ada anda mengizinkan perkongsian
lokasi anda secara rahsia dengan
perkhidmatan lokasi Google atau tidak.
Satelit GPS - Tandakan untuk
membolehkan penerima satelit sistem
penentududukan global (GPS) kendiri
telefon anda menentukan lokasi anda dalam
ketepatan sehingga beberapa meter ("paras
jalan"). Ketepatan sebenar GPS bergantung
kepada langit yang cerah dan faktor lain.
Carian Lokasi & Google – Benarkan
Google menggunakan lokasi anda untuk
meningkatkan keputusan carian dan
perkhidmatan lain.

Keselamatan

Gunakan Tetapan sekuriti untuk
mengkonfigurasi cara membantu
menyelamatkan telefon anda dan datanya.
< KUNCI KAD SIM >
Menyediakan kunci kad SIM - Membuka
skrin untuk menetapkan jika anda
memerlukan PIN untuk menggunakannya,
atau jika ditetapkan, membolehkan anda
menukar PIN.
< KATA LALUAN >
Menaip kata laluan boleh lihat - Tandakan
untuk menunjukkan secara ringkas
setiap aksara kata laluan apabila anda
memasukkannya supaya anda dapat melihat
apa yang anda masukkan.
< PENTADBIRAN TELEFON >
Pentadbiran telefon - Tambah atau buang
pentadbiran peranti.
Sumber tidak diketahui - Membolehkan
pemasangan aplikasi bukan Play Store.
< PENYIMPANAN KELAYAKAN >
Kelayakan dipercayai - Tandakan untuk
membolehkan aplikasi mengakses simpanan
yang disulitkan telefon anda bagi sijil
selamat dan kata laluan serta kelayakan lain
yang berkaitan. Anda boleh menggunakan
penyimpanan watikah untuk mewujudkan
beberapa jenis sambungan VPN dan Wi-Fi.
Jika anda belum menetapkan kata laluan
untuk penyimpanan kelayakan yang selamat,
tetapan ini dimalapkan.
Pasang daripada simpanan - Sentuh
untuk pasang sijil selamat daripada kad
microSD.
75

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents