Mengenali Telefon Anda - LG P990 User Manual

Hide thumbs Also See for P990:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 269
Mengenali telefon anda
Sebelum mula menggunakan telefon, sila baca ini!
Sila semak sama ada sebarang masalah
telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda
membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori
telefon anda kurang daripada 2MB, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej
yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian
data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1
> Tetapan sistem > Apl
Sentuh
pada kategori PERANTI.
2
Selepas semua aplikasi muncul, tatal
dan pilih aplikasi yang hendak anda
nyahpasang.
3
Sentuh Nyahdayakan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri
antara cas dengan mematikan ciri yang tidak
perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga
boleh memantau bagaimana aplikasi dan
sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio yang tidak anda
gunakan. Jika anda tidak menggunakan
Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan
masa tamat skrin yang lebih pendek.
Matikan penyegerakan automatik bagi
Google Mail™, Kalendar, Kenalan, dan
aplikasi-aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat
turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
Sentuh
> Tetapan sistem >
Mengenai telefon di bawah SISTEM >
Bateri
Status bateri (mengecas atau tidak
mengecas) dan paras (peratus dicas)
dipaparkan.
Untuk mengawasi dan mengawal
bagaimana kuasa bateri digunakan:
> Tetapan sistem > Jimat
Sentuh
Kuasa daripada PERANTI > Kategori
penggunaan bateri di bawah MAKLUMAT
BATERI.
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents