LG P710 User Manual page 83

Hide thumbs Also See for P710:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sulitkan storan kad SD – Membolehkan anda menyulitkan kad SD untuk memastikan
ia selamat. Selepas penyulitan, anda tidak akan dapat menggunakannya dalam
peranti lain. Mana-mana data yang dicipta atau dikemas kini selepas menyahdayakan
penyulitan tidak akan disulitkan tetapi data yang disulitkan sebelum ini akan kekal
disulitkan.
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad SIM atau tukar PIN kad SIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan gedung Play.
Sahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran sebelum pemasangan
aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
Akses pemberitahuan – Paparkan pemberitahuan.
Jenis storan – Perisian sahaja.
Kelayakan dipercayai – Paparkan sijil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan kelayakan – Keluarkan semua sijil.
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan Bahasa & papan kekunci untuk memilih bahasa bagi teks pada
telefon anda dan untuk mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk
perkataan yang telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & set semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya – Bersedia untuk menyandarkan tetapan anda dan data aplikasi
ke pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.
Pemulihan automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi anda
apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
81

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents