LG P710 User Manual page 77

Hide thumbs Also See for P710:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pop timbul panggilan suara masuk – Papar pop panggilan suara masuk semasa
aplikasi sedang digunakan.
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan. Pilih
daripada mod Tolak panggilan atau Tolak panggilan daripada.
Tolak dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan, anda boleh
menghantar mesej pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna jika anda perlu
menolak panggilan semasa mesyuarat.
Penyimpan privasi – Menyembunyikan nama dan nombor telefon pemanggil bagi
panggilan masuk.
Mengalihkan panggilan – Pilih sama ada anda ingin mengalih semua panggilan
semasa talian sibuk, apabila tidak dijawab atau apabila isyarat tiada.
Jawab secara automatik – Tetapkan masa sebelum peranti bebas tangan yang
bersambung menjawab panggilan masuk secara automatik. Pilih daripada Matikan, 1
saat, 3 saat dan 5 saat.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi
menjawab panggilan.
Simpan nombor tak dikenali – Menyimpan nombor tidak diketahui ke dalam kenalan
selepas panggilan.
Kekunci kuasa menamatkan panggilan – Penekanan kekunci Kuasa/Kunci
membenarkan anda mengakhiri panggilan dan bukannya mematikan skrin.
Sekatan panggilan – Kunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
Tempoh panggilan – Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Panggilan
keluar, Panggilan masuk dan Semua panggilan.
Tetapan panggilan tambahan – Ini membolehkan anda menukar tetapan yang
berikut:
ID pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada
panggilan keluar.
Panggilan menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).
75

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents