Bahasa Melayu - Philips HQ6900 SERIES Important Information Booklet

Hide thumbs Also See for HQ6900 SERIES:
Table of Contents

Advertisement

pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
penting
Baca buku kecil maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan pencukur dan simpan untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan pencukur dan kord sesalur kuasa kering (Gamb. 1).
amaran
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan gunakan pencukur atau kord sesalur kuasa jika ia rosak.
-
Jangan gunakan pencukur, kord sesalur kuasa atau sebarang bahagian
lain jika ia rosak, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan. Anda
hendaklah mengganti kord sesalur kuasa atau bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli setiap kali.
awas
-
Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-kali tenggelamkan
perkakas ke dalam air, atau membilasnya di bawah air paip (Gamb. 2).
-
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
-
Hanya gunakan kod sesalur kuasa dan aksesori yang dibekalkan.
-
Guna, cas (jenis tertentu sahaja) dan simpan perkakas pada suhu
antara 5°C dan 35°C.

BahaSa mElayu

31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents