Petak Pembekuan Segar - Panasonic NR-F510GT-N3 Operating Instructions Manual

Hide thumbs Also See for NR-F510GT-N3:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Petak Pembekuan Segar

Dengan Pembekuan Segar, makanan menjadi beku dengan cepat kerana udara sejuk dan plat aluminium.
(Anda boleh menggunakan petak pembeku semasa Pembekuan Segar tidak beroperasi.)
Bekukan bahan atau makanan dipanaskan seperti nasi panas segera bagi mengekalkan kesegarannya.
1
Bungkus makanan di dalam bungkusan plastik atau letakkan di dalam pek
penyimpanan pembeku, dan letakkan di plat aluminium.
2
Tekan butang [FRESH FREEZING] dan mula operasi Pembekuan Segar.
(Lampu menyala.)
FRESH
FREEZING
Lampu menyala:
Beroperasi
Lampu padam: Berhenti
3
Apabila makanan disimpan untuk tempoh yang lama selepas Pembekuan Segar, simpan makanan di
dalam petak pembeku.
Jika anda ingin menghentikan Pembekuan Segar separuh jalan, tekan butang [FRESH FREEZING] sekali lagi.
(Lampu padam.)
Semasa Pembekuan Segar, penggunaan tenaga meningkat lebih dari biasa.
Jika QUICK ICE MAKING ditetapkan semasa operasi Pembekuan Segar, operasi Pembekuan Segar akan
dihentikan.
Jika Pembekuan Segar dimulakan semasa proses nyahfros, masa tamat akan dilewatkan kerana operasi
Pembekuan Segar akan bermula selepas proses nyahfros tamat.
Tiga syarat Pembekuan Segar yang lazat
Bungkus makanan dengan ketat.
• Bungkus makanan di dalam bungkusan plastik, buang semua udara dari dalam.
• Bahagikan makanan dalam pek kecil dengan ketebalan kira-kira 2 cm.
• Contohnya, jika dulang polistrin atau bekas kedap digunakan, pemindahan suhu
akan kurang berkesan, membuatkan makanan sukar membeku.
Letakkan makanan mendatar dan sekata pada plat aluminium.
• Beri ruang antara makanan. (Sekurang-kurangnya jarak 5 mm antara makanan)
• Letakkan bungkusan makanan mendatar dan sekata pada plat aluminium dan jangan ditindih antara satu
sama lain.
Bungkus makanan panas juga.
• Bungkus makanan panas dengan ketat juga.
• Contohnya nasi, Pembekuan Segar boleh dilakukan untuk lebih kurang 2 mangkuk nasi pada satu masa.
Permintaan
Simpan ais krim yang mengandungi lebih lemak susu dll. di dalam petak pembeku.
Jangan memasukkan botol atau tin. (Ia mungkin retak atau pecah.)
Jangan memasukkan makanan yang lebih tinggi daripada bekas.
(Ia akan menghalang pintu ditutup dengan betul, menyebabkan fros.)
Notis
Pembekuan mungkin tidak mencukupi bergantung kepada jenis makanan yang disimpan, keadaan
pembungkusan, jumlah disimpan dan kekerapan pintu dibuka. Jika ia berlaku, mulakan "FRESH FREEZING"
sekali lagi.
Bunyi kedengaran lebih kuat sedikit semasa operasi Pembekuan Segar tetapi ini bukan menunjukkan pincang tugas.
ECO NAVI tidak beroperasi semasa operasi Pembekuan Segar.
Menggunakan "FRESH FREEZING"
Pembekuan Segar tamat secara automatik selepas
kira-kira 150 minit.
(Jika makanan tidak cukup beku, mulakan "FRESH FREEZING" sekali lagi)
Operasi
39

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents