Bahasa Melayu - Philips PT717 User Manual

Hide thumbs Also See for PT717:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Bahasa MElayu

30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai
ciri hebat pencukur ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih
mudah dan lebih menyeronokkan.
Perihalan umum (gamb. 1)
1
Tukup pelindung
2
Unit pencukur
3
Butang pelepas unit pencukur
4
Butang hidup/mati pencukur
5
Penyesuai
6
Berus pembersih
Nota: Anda boleh dapatkan jenis nombor di bahagian belakang pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
-
Dilarang membersihkan penyesuai di bawah paip air.
amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
-
Dilarang untuk digunakan semasa mandi.
-
Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan tab mandi, mandian pancuran
atau bekas lain yang mengandungi air.
awas
-
Jangan menenggelamkan pencukur di dalam air atau sebarang cecair
lain.
-
Jangan gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk membilas
pencukur.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
-
Pencukur ini tidak kalis mesin basuh pinggan.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt715Pt711Pt712

Table of Contents