Arahan Keselamatan Penting - Samsung ME731K Owner's Instructions And Cooking Manual

Samsung microwave oven owner's instructions and cooking guide
Hide thumbs Also See for ME731K:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

(1) pintu (bengkok)
(2) engsel pintu (pecah atau longgar)
(3) kedap pintu dan permukaan kedap
(d) Ketuhar tidak harus dilaras atau dibaiki oleh sesiapa pun kecuali juruteknik servis gelombang
mikro yang berkelayakan dan dilatih oleh pembuat.
Produk ini ialah peralatan ISM Kelas B Kumpulan 2. Definisi kumpulan 2 yang
mengandungi semua peralatan ISM di mana tenaga frekuensi radio dijana dengan
sengaja dan/atau digunakan dalam bentuk sinaran elektromagnet bagi rawatan
bahan, dan peralatan EDM dan kimpalan arka.
Peralatan Kelas B ialah peralatan yang sesuai untuk digunakan dalam perusahaan-
perusahaan domestik dan dalam perusahaan-perusahaan yang bersambung
terus pada rangkaian bekalan kuasa voltan rendah yang membekalkan bangunan-
bangunan yang digunakan untuk tujuan-tujuan domestik.

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

Pastikan langkah-langkah keselamatan ini dipatuhi sepanjang masa.
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk
mengubahsuai atau memperbaiki ketuhar gelombang mikro.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas
yang dikedap.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air
tekanan tinggi atau pembersih jet wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah
terbakar, di lokasi yang lembap, berminyak dan berhabuk, di
lokasi yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan air
atau di mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang
tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod
tempatan dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau
air dari terminal-terminal palam kuasa dan titik sentuhan
menggunakan kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek
berat atas kord kuasa.
ME731K_XSM-MA DE68-03893F.indd 5
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas
LP, dll), alih udara dengan segera tanpa menyentuh palam
kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa
semasa ia sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang
benda asing seperti air memasuki alat ini, cabut palam kuasa
dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan
anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada
alat.
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah
pecah seperti singki atau benda kaca. (Model atas kaunter
sahaja)
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap
atau pembersih tekanan tinggi untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah
sama seperti spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh.
Jangan gunakan penyesuai berbilang palam, kord
pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam,
masukkan kord kuasa di antara objek atau di belakang
ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang
rosak atau soket dinding yang longgar. Apabila palam kuasa
atau kord kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
berasingan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu
ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga
pada permukaan ketuhar.
5
2011-09-10
1:39:24

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents