Samsung ME731K Owner's Instructions And Cooking Manual page 7

Samsung microwave oven owner's instructions and cooking guide
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Ketuhar gelombang mikro ini harus diletakkan di tempat yang
sesuai supaya palamnya mudah dicapai. Jika ketuhar ini
mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau mengeluarkan
asap , cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
semasa keadaan pembersihan permukaan-permukaan
alat ini mungkin menjadi lebih panas daripada biasa dan
kanak-kanak harus dijauhkan dari alat ini. (Model fungsi
pembersihan sahaja.)
Tumpahan berlebihan mesti dihilangkan sebelum
pembersihan dan perkakas yang dinyatakan dalam manual
pembersihan boleh ditinggalkan di dalam ketuhar semasa
pembersihan. (Model fungsi pembersihan sahaja.)
Alat harus membenarkan pemotongan alat dari bekalan
selepas pemasangan. Pemotongan boleh dicapai dengan
palam yang boleh diakses atau dengan menggabungkan
satu suis dalam pendawaian tetap mengikut peraturan
pendawaian. (Model terbina dalam sahaja)
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk digunakan
di dalam ketuhar gelombang mikro; JANGAN gunakan
sebarang bekas logam, Pinggan mangkuk makan malam
dengan kemasan emas atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh berlaku
dan boleh merosakkan ketuhar.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau
kertas, perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan
pencetusan bunga api;
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk
mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang
sedikit bagi mengelakkan pemanasan berlebihan dan
menghanguskan makanan.
Jika asap kelihatan, matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang
cebisan makanan ditanggalkan;
ME731K_XSM-MA DE68-03893F.indd 7
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di dalam air
dan jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan
di dalam ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh
meletup, walaupun setelah pemanasan gelombang mikro
selesai; Selain itu, jangan panaskan botol kedap udara atau
dikedap vakum, balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato,
dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan
kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa udara panas
keluar dari ketuhar. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas
dan dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan
sehingga ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila
mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk mengelakkan luka
terbakar yang tidak disengajakan.
Jangan sentuh elemen-elemen pemanas atau dinding
dalaman ketuhar sehingga ketuhar telah sejuk.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas
pemanasan tamat dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya
20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila
membuka pintunya untuk mengelakkan melecur disebabkan
udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro semasa ia
kosong. Ketuhar gelombang mikro akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami
menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika
ketuhar gelombang mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik
logam yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar
kerana ia boleh mencalarkan permukaannya, yang boleh
mengakibatkan kaca itu pecah.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang
dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang ketuhar
gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain
pada soket berhampiran ketuhar.
7
2011-09-10
1:39:28

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents