Yamaha Ego Avantiz Owner's Manual page 90

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Maklumat keselamatan
Elakkan Keracunan Karbon Monoksida
Semua enjin ekzos mengandungi karbon
monoksida, gas maut. Menyedut karbon
2
monoksida boleh menyebabkan sakit ke-
pala, pening, mengantuk, loya, kekeliruan,
dan akhirnya kematian.
Karbon Monoksida adalah tidak berwarna,
tidak berbau, gas tanpa rasa yang mungkin
hadir walaupun jika anda tidak melihat atau
menghidu mana-mana ekzos enjin. Tahap
bahaya karbon monoksida boleh meningkat
dengan cepat dan boleh menyebabkan
kehilangan kawalan diri dalam masa yang
singkat. Tahap bahaya karbon monoksida
juga boleh berlarutan untuk beberapa jam
atau hari di kawasan tertutup atau kurang
pengudaraan yang baik. Jika anda menga-
lami sebarang gejala keracunan karbon
monoksida, tinggalkan kawasan itu serta-
merta, dapatkan udara yang segar, dan
DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN.
Jangan hidupkan enjin dalam bangunan.
Walaupun anda cuba untuk mengalih
udara ekzos enjin dengan kipas atau
membuka tingkap dan pintu, karbon
monoksida dengan cepat boleh men-
jangkau tahap berbahaya.
Jangan hidupkan enjin di dalam ruang
yang mempunyai pengudaraan yang
lemah dan kawasan yang separa ter-
tutup seperti bangsal, tempat simpan
kereta, atau port kereta.
Jangan hidupkan enjin di kawasan
luar yang boleh menyebabkan asap
ekzos memasuki bangunan melalui
tingkap ataupun pintu.
Bebanan
Penambahan aksesori atau muatan pada
motosikal boleh menjejaskan kestabilan
dan kawalan jika berat pengagihan moto-
sikal berubah. Untuk mengelak kemung-
kinan berlaku kemalangan, berhati-hati
semasa menambah muatan atau aksesori
pada motosikal anda. Lebih berhati-hati
semasa menunggang motosikal yang telah
ditambah muatan atau aksesori.
Di sini, bersama-sama maklumat mengenai
aksesori di bawah, adalah beberapa garis
panduan umum untuk diikuti jika menam-
bahkan muatan pada motosikal anda:
Jumlah berat pengendali, penumpang,
aksesori dan muatan tidak boleh melebihi
berat maksimum yang telah ditetapkan.
Pengendalian yang melebihi muatan
kenderaan akan menyebabkan kema-
langan.
Beban maksimum:
155 kg (342 lb)
2-3
Apabila membawa muatan dengan berat
yang ditetapkan, sentiasa mengikuti arahan
berikut:
Berat muatan dan aksesori sepatutnya
dikekalkan rendah dan dekat dengan
motosikal seboleh mungkin. Pastikan
pengagihan berat di antara kedua-dua
belah sisi motosikal anda adalah seim-
bang untuk mengurangkan ketidakse-
imbangan atau kestabilan.
Penukaran berat boleh membuatkan
ketidakseimbangan secara tiba-tiba.
Pastikan aksesori dan muatan diletak-
kan dengan cara yang selamat pada
motosikal sebelum dikendalikan. Sen-
tiasa periksa ikatan kesemua aksesori
dan muatan.
Melaras suspensi bersesuaian de-
ngan berat muatan (hanya model
suspensi boleh laras) dan periksa
tekanan angin dan keadaan tayar.
Jangan letakkan sesuatu yang besar
atau berat pada handel bar, cabang
hadapan, atau alas geseran hadap-
an. Kesemua alatan ini, termasuk
muatan seperti beg tidur, beg ber-
bulu tebal, atau khemah, boleh men-
jadikan ketidakstabilan pengawalan
atau tindakbalas pemanduan yang
perlahan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents