Yamaha Ego Avantiz Owner's Manual page 123

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

TIP
Penapis udara
Penapis udara model ini dilengkapi dengan elemen kertas bersalut minyak boleh guna, yang tidak boleh dibersihkan
dengan udara yang termampat bagi mengelakkan kerosakan.
Elemen penapis udara perlu diganti dengan lebih kerap apabila menunggang di kawasan luar biasa basah atau berdebu.
Bekas penapis udara V-belt
Penapis udara memerlukan servis yang lebih kerap jika anda menunggang di kawasan luar biasa basah atau berdebu.
V-belt
V-belt perlu diperiksa pada awal 8000 km (5000 batu) dan setiap 4000 km (2500 batu) selepas itu. Gantikan V-belt jika
ada kerosakan atau kehausan ditemui. V-belt perlu diganti setiap 25000 km (16000 batu) walaupun tiada kehausan
atau kerosakan.
Servis brek hidraulik
Sentiasa memeriksa dan, jika perlu, perbetulkan paras cecair brek. Selepas menanggalkan silinder utama brek dan
angkup, sentiasa menukar cecair brek.
Setiap dua tahun gantikan komponen dalaman silinder brek utama brek dan angkup, dan tukar cecair brek.
Gantikan salur brek setiap empat tahun dan jika ia pecah atau rosak.
Servis sistem bahan api
Gunakan hanya petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol berplumbum akan menyebabkan kerosakan teruk pada
bahagian-bahagian enjin dalaman, seperti injap dan gelang omboh, dan juga sistem ekzos.
Gantikan penutup pengisi bahan api setiap dua tahun atau jika retak atau rosak.
Periksa penapis bahan api jika ia tersumbat atau rosak setiap 12000 km (7500 batu).
Servis bateri
Periksa keadaan dan servis setiap 3 bulan.
Cas semula bateri dengan segera jika voltannya kurang daripada 12.4 V.
Jika bateri cenderung untuk dinyahcaskan, gantikannya dengan segera.
Penyelenggaraan berkala dan penyelarasan
7-6
EAUU1622
7

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents