Samsung M1779 Owner's Instructions And Cooking Manual page 56

Hide thumbs Also See for M1779:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan Memasak
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanaskan semula makanan dalam masa yang jauh
MA
lebih singkat daripada yang biasa diambil oleh hob ketuhar konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula dalam carta berikut sebagai panduan. Masa
dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik lebih kurang +18 hingga +20°C atau
makanan dingin dengan suhu lebih kurang +5 hingga +7°C.
Menyusun dan menutup
Elakkan daripada memanaskan semula bahan-bahan besar seperti seketul besar daging - ia
mudah menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi panas
menggelegak. Memanaskan semula makanan yang telah dipotong kecil-kecil adalah lebih berhasil.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 850W manakala yang lain-lain
harus dipanaskan semula menggunakan kuasa 600W, 450W ataupun 300W.
Semak jadual sebagai panduan. Secara amnya, lebih baik memanaskan semula makanan menggunakan
aras kuasa yang lebih rendah sekiranya makanan itu tidak terlalu perisa dan dalam kuantiti yang banyak,
kalau tidak kemungkinan ia akan menjadi panas terlalu cepat (contohnya, pai daging kisar)
Kacau hingga sebati atau balikkan makanan semasa memanaskan semula untuk mendapatkan
hasil yang terbaik. Kacau sekali lagi sebelum dihidangkan, jika boleh.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan didihan cecair
yang membuak-buak dan kemungkinan kulit anda melecur, kacau sebelum, semasa dan selepas
memanaskannya. Biarkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro semasa standing time. Kami
mengesyorkan anda meletakkan sebatang sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu.
Elakkan memanaskan makanan terlampau lama (dan dengan itu merosakkannya). Lebih baik
menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas tambahan, jika perlu.
Memanas dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kali, elok sekiranya anda membuat catatan
masa yang diambil - untuk rujukan masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula itu panas menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan sebentar selepas memanas semula - untuk membolehkan suhunya menjadi
sekata. Standing time yang disyorkan selepas memanas semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang
lain disyorkan dalam carta.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab yang menerangkan
tentang langkah-langkah keselamatan.
MEMANASKAN SEMULA CECAIR
Sentiasa berikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk
membolehkan suhu ketuhar menjadi sekata. Kacau semasa memanaskannya, jika perlu, dan
SENTIASALAH kacau selepas memanaskannya. Untuk mengelakkan didihan yang membuak-buak
dan kemungkinan kulit anda melecur, anda harus meletakkan sebatan sudu plastik atau batang
kaca ke dalam minuman dan kacau sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
MEMANASKAN SEMULA MAKANAN BAYI
MAKANAN BAYI: Tuangkan makanan bayi ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup
SUSU BAYI:
NOTA:
Makanan bayi amat perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan untuk mengelakkan kulit
melecur. Gunakan aras kuasa dan masa dalam jadual pada muka surat sebelah sebagai garis
panduan untuk memanas semula.
24 S
E
AMSUNG
LECTRONICS
dengan tudung plastik. Kacau hingga sebati selepas dipanaskan semula.
Biarkan selama 2-3 minit sebelum dihidangkan. Kacau sekali lagi dan periksa
suhunya. Suhu menghidang yang disyorkan ialah di antara 30-40°C.
Tuangkan susu ke dalam botol kaca yang telah disterilkan. Panaskan
semula tanpa ditutup. Jangan sekali-kali memanaskan botol bayi tanpa
menanggalkan putingnya kerana botol boleh meletup kalau terlampau
panas. Goncang betul-betul sebelum standing time dan sekali lagi
sebelum dihidangkan. Sentiasalah semak suhu susu atau makanan bayi
dengan teliti sebelum memberikannya kepada bayi. Suhu menghidang
yang disyorkan ialah 37°C.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents