Samsung M1779 Owner's Instructions And Cooking Manual page 41

Hide thumbs Also See for M1779:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Langkah-langkah Keselamatan
8. Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi.
SENTIASALAH memberikan standing time sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar
ditutup suisnya supaya suhunya boleh menjadi sama.
Kacau semasa memanaskannya, jika perlu, dan SENTIASALAH kacau selepas memanaskannya.
Berhati-hati apabila mengendalikan bekas selepas memanaskannya. Kulit anda mungkin
melecur sekiranya bekas itu terlalu panas.
Wujud risiko didihan membuak-buak yang lambat berlaku.
Untuk mencegah didihan yang lambat berlaku dan kemungkinan kulit anda melecur, anda
harus meletakkan sebatang sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau,
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Sebab: Semasa memanaskan cecair, takat didih boleh jadi lambat berlaku; ini bermakna
bahawa didihan yang membuak-buak boleh bermula selepas bekas itu dikeluarkan
dari ketuhar. Kulit anda mungkin melecur.
Sekiranya kulit melecur, ikuti panduan pertolongan cemas yang berikut:
• Benamkan bahagian yang melecur itu di dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
• Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
• Jangan bubuh apa-apa krim, minyak atau losyen.
JANGAN SEKALI-KALI mengisi bekas hingga penuh dan pilih bekas yang bahagiannya
lebih lebar daripada bahagian bawahnya untuk mengelakkan cecair daripada mendidih
keluar. Botol yang berleher sempit juga boleh meletup kalau terlampau panas.
SENTIASA periksa suhu makanan atau susu bayi sebelum mcmberinya kepada bayi.
JANGAN SEKALI-KALI memanaskan botol bayi dengan puting dipasang padanya, kerana
botol mungkin meletup sekiranya terlalu panas.
9. Berhati-hati agar tidak merosakkan kabel kuasa.
Jangan benamkan kabel kuasa atau palam di dalam air dan jauhkan kabel kuasa daripada
permukaan yang panas.
Jangan kendalikan peralatan ini sekiranya kabel kuasa atau palamnya rosak.
10. Berdiri sejauh dua kaki dari ketuhar sebelum membuka pintunya.
Sebab: Udara atau wap panas yang dibebaskan boleh melecurkan kulit.
11. Pastikan bahagian dalam ketuhar sentiasa bersih.
Sebab: Remah-remah makanan atau percikan minyak yang melekat pada dinding atau lantai
ketuhar boleh mengakibatkan kerosakan cat dan mengurangkan kecekapan ketuhar itu.
12. Bunyi "klik" mungkin kedengaran semasa mengendalinya, terutama pada mod cairbeku.
Sebab: Apabila output kuasa elektrik berubah, anda boleh mendengar bunyi itu. Ini adalah biasa.
13. Apabila ketuhar gelombang mikro beroperasi tanpa sebarang muatan, kuasa akan terputus
secara automatik untuk keselamatan. Anda boleh mengguna ketuhar seperti biasa selepas
membiarkannya selama lebih 30 minit.
PANDUAN KESELAMATAN YANG PENTING
Semasa memasak, anda mesti melihat ke dalam ketuhar dari semasa ke semasa apabila makanan
dipanaskan atau dimasak di dalam bekas-bekas pakai buang yang diperbuat daripada plastik,
kertas atau bahan-bahan mudah terbakar yang lain.
MUSTAHAK
Anak-anak kecil tidak harus SEKALI-KALI dibenarkan menggunakan atau bermain dengan ketuhar
gelombang mikro. Mereka juga tidak harus dibiarkan berseorangan berhampiran ketuhar
gelombang mikro semasa ia sedang digunakan. Barang-barang yang menarik minat kanak-kanak
tidak harus disimpan atau disembunyikan di atas ketuhar.
(Sambungan)
S
AMSUNG
MA
E
9
LECTRONICS

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents