Penjagaan Dan Pembersihan - Braun BNT 400 Instructions Manual

No touch + forehead thermometer
Hide thumbs Also See for BNT 400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Penjagaan dan pembersihan

Gunakan pengesat alkohol atau kapas kesat yang dilembapkan dengan alkohol
(70% isopropil) untuk membersihkan bekas termometer dan prob pengukur.
Pastikan bahawa tiada cecair memasuki bahagian dalam termometer. Jangan
sekali-kali gunakan agen pembersihan, pencair atau benzena yang melelas dan
jangan sekali-kali merendamkan instrumen dalam air atau cecair pembersihan lain.
Tunggu selama 10 minit selepas pembersihan sebelum mengambil ukuran suhu.
Pastikan anda memasang semula penutup pelindung selepas penggunaan
untuk mengelakkan calar dan kerosakan pada termometer.
Jangan sekali-kali memasukkan objek tajam ke dalam kawasan pengimbas atau
mana-mana permukaan terbuka lain pada termometer.
Menggantikan bateri
Termometer Tanpa sentuh + dahi disertakan dengan 2 bateri AAA. Gantikan
dengan 2 bateri AAA baharu apabila simbol bateri berkelip muncul pada skrin
LCD. Untuk menukar bateri, luncurkan penutup bateri untuk membuka dan
keluarkan bateri. Gantikan bateri dengan memastikannya sejajar dengan seperti
yang ditandakan di dalam petak bateri. Keluarkan bateri dari produk jika ia tidak
diperlukan untuk tempoh masa yang panjang bagi mengelakkan kerosakan pada
termometer daripada kuasa bateri yang bocor.
Untuk melindungi alam sekitar, lupuskan bateri yang kosong di pusat
pungutan yang sesuai mengikut peraturan tempatan atau negara.
Jaminan terhad
Produk ini disediakan dengan jaminan terhad yang bermula pada tarikh
pembelian (Lihat kad jaminan untuk butiran). Dalam tempoh jaminan, kami akan
menghilangkan, secara percuma, sebarang kerosakan pada peralatan akibat
daripada kesilapan pada bahan atau kemahiran, dengan menggantikan
peralatan sepenuhnya.
Jaminan ini hanya berkenaan untuk peralatan yang dibekalkan oleh pengedar
yang dilantik. Jaminan ini tidak merangkumi: kerosakan disebabkan oleh
penggunaan secara salah, lusuh atau penggunaan biasa serta kerosakan yang
mempunyai kesan yang kecil ke atas nilai atau operasi peralatan tersebut.
Jaminan ini batal jika kerja pembaikan dilakukan oleh orang yang tidak
mempunyai kebenaran dan sekiranya bahagian tulen Braun tidak digunakan.
47

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents