Braun BNT 400 Instructions Manual page 39

No touch + forehead thermometer
Hide thumbs Also See for BNT 400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan putar instrumen atau sensor pengukuran.
Termometer ini bertujuan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Penggunaan termometer ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsultasi
dengan doktor anda.
Peningkatan suhu mungkin menandakan penyakit yang serius, terutamanya
pada neonat dan bayi atau orang dewasa yang sudah tua, lemah atau
mempunyai sistem imun yang lemah. Sila dapatkan nasihat profesional dengan
segera apabila terdapat peningkatan suhu terhadap orang yang merupakan:
• Neonat dan bayi berumur bawah 3 bulan (rujuk kepada doktor anda dengan
segera sekiranya suhu melebihi 37.4 °C [99.4 °F])
• Individu yang berumur lebih 60 tahun (Demam mungkin tidak kelihatan atau
tiada dalam kalangan individu yang lebih tua)
• Individu yang menghidap diabetes melitus atau sistem imun yang lemah (cth.,
positif HIV, kemoterapi barah, rawatan imunosupresan kronik, splenektomi)
• Individu yang terbaring di atas katil (cth., pesakit rumah penjagaan, strok,
penyakit kronik, paraplegia, quadriplegia, pemulihan pembedahan)
• Penerima transplan (cth., hati, jantung, paru-paru, ginjal).
Termometer ini bukan dimaksudkan untuk bayi pramasa atau bayi yang kecil
untuk umur gestasi. Pramasa ditakrifkan sebagai bayi yang berumur yang
kurang dari 37 minggu mengikut kalendar. Kecil untuk umur gestasi ditakrifkan
sebagai bayi yang dilahirkan pada 37 minggu atau kemudian, dengan berat di
bawah persentil ke-10 untuk bayk daripada umur gestasi yang sama.
Termometer ini tidak dimaksudkan untuk menterjemahkan suhu hipotermik. Jika
peranti memaparkan suhu 36.4 °C (97.5 °F) atau kurang dengan lampu belakang
LED berwarna hijau atau putih, dan individu tersebut menunjukkan simptom
atau kelakuan atipikal, hubungi Pakar perubatan atau profesional penjagaan
kesihatan anda.
JANGAN benarkan kanak=kanak mengambil suhu mereka tanpa pengawasan.
Sila rujuk Pakar perubatan anda sekiranya anda melihat simptom seperti
kerengsaan yang tidak tahu puncanya, muntah, cirit-birit, penyahhidratan,
perubahan pada selera makan atau aktiviti, sawan, sakit otot, menggigil, leher
kejang, berasa sakit semasa membuang air kecil, dsb. walaupun tidak demam.
Walaupun tiada demam, mereka yang menunjukkan suhu biasa mungkin masih
perlu menerima perhatian perubatan. Mereka yang sedang mengambil antibiotik,
analgesik atau antipiretik tidak harus dinilai hanya pada bacaan suhu untuk
menentukan ketenatan penyakit mereka.
JANGAN ubah suai peralatan ini tanpa kebenaran pengilangnya.
37

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents