Braun BNT 400 Instructions Manual page 38

No touch + forehead thermometer
Hide thumbs Also See for BNT 400:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Terima kasih kerana membeli Termometer tiada sentuh + dahi Braun
(BNT 400). Termometer ini ialah produk berkualiti tinggi yang menggabungkan
teknologi terkini dan diuji mengikut standard antarabangsa. Dengan teknologi
uniknya, produk ini boleh memberikan bacaan yang stabil dan tepat dengan
setiap ukuran. Termometer menjalankan swaujian setiap kali dihidupkan untuk
sentiasa menjamin ketepatan ukuran. Termometer tanpa sentuh + dahi Braun
bertujuan untuk penentuan secara berselang, suhu tubuh manusia ke atas
orang daripada segenap lapisan umur dalam mod "dahi" dan "Tanpa sentuh",
menggunakan bahagian tengah dahi sebagai tapak pengukuran, dalam
persekitaran penggunaan di rumah.
Sila baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini dan
simpan arahan serta termometer di tempat yang selamat.
AMARAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA
Jauhkan dari capaian kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
Jangan sekali-kali gunakan termometer untuk tujuan lain selain daripada yang
telah dimaksudkan. Sila ikut langkah berjaga-jaga keselamatan umum semasa
menggunakannya ke atas kanak-kanak.
Jangan sekali-kali rendamkan termometer di dalam air atau sebarang cecair lain
(bukan kalis air). Untuk membersihkan dan menyahjangkiti sila ikut arahan dalam
bahagan <<Penjagaan dan pembersihan>> section.
Jangan simpan termometer ini dalam suhu yang melampau di bawah -25 °C atau
melebihi 55 °C (di bawah -13 °F atau melebihi 131 °F) atau di dalam kelembapan
yang melampau (melebihi 95% kelembapan relatif bukan meluwap).
Jika termometer disimpan di dalam lokasi yang lebih sejuk atau lebih
panas daripada tempat termometer itu akan digunakan, biarkan alat
dibiasakan dahulu dengan suhu bilik selama 10 minit sebelum mengambil
ukuran.
Jangan gunakan termometer jika terdapat tanda-tanda kerosakan pada
pengimbas atau pada termometer itu sendiri. Jika rosak, jangan cuba untuk
membaiki produk.
Jangan sekali-kali masukkan objek tajam ke dalam kawasan pengimbas atau
mana-mana permukaan termuka lain pada termometer.
Termometer ini mengandungi bahagian kepersisan berkualiti tinggi. Jangan
jatuhkan instrumen. Lindunginya dari impak dan kejutan yang sangat kuat.
36

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents