Bosch MES4000GB Instruction Manual page 11

Hide thumbs Also See for MES4000GB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  ■ Peralatan ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa 
selepas setiap penggunaan,ketika tanpa penyeliaan, sebelum 
pemasangan, penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
W Risiko kecederaan!
  ■ Sebelum setiap penggunaan, periksa kerosakan pada 
keseluruhan perkakas, terutamanya penapis dan mangkuk 
penapis, terlebih dahulu (retak, rekah). Jangan guna perkakas 
jika penapis atau tudung rosak atau memperlihatkan retak.
  ■ Sebelum menukar alat ganti atau tambah, yang bergerak semasa 
pengendalian, perkakas mestilah dimatikan dan dipisahkan 
dari punca kuasa. Selepas dimatikan, pemacu berjalan untuk 
seketika. Tunggu sehingga pemacu telah berhenti sepenuhnya.
  ■ Kendalikan perkakas hanya jika perkakas dipasang sepenuhnya. 
Berhati-hati semasa menutup pendakap kapit bagi mengelakkan 
jari terkapit.
  ■ Perkakas ini direka bentuk untuk kegunaan oleh orang 
perseorangan.
  ■ Jangan masukkan jari ke dalam aci pengisi. Gunakan penolak 
yang disediakan sahaja!
  ■ Berhati-hati semasa mengendalikan bilah pemarut, 
mengosongkan bekas dan mencuci. Jangan sentuh bilah 
pemarut di lantai penapis. Untuk mencuci, bersihkan penapis 
terlebih dahulu dengan berus sebelum mencucinya di bawah air 
yang mengalir atau di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
W Risiko lemas!
Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan bahan pembungkusan.
W Perhatian!
  ■ Adalah dicadangkan supaya jangan sesekali tinggalkan 
alat dihidupkan terlalu lama daripada yang diperlukan untuk 
pemprosesan makanan. Jangan kendalikan dalam jalanan lahu.
  ■ Hanya gunakan suis putar untuk menghidupkan atau mematikan 
perkakas.
W Penting!
  ■ Proses hanya buahan dan sayuran yang telah matang dan 
tidak beku. Buahan dan sayuran yang tidak matang boleh 
menyebabkan penapis tersumbat dengan cepat.
  ■ Kosongkan bekas hampas sebelum hampas mencapai tepi 
mangkuk penapis.
  ■ Getaran perkakas semasa memerah bermaksud penapis 
tersumbat atau rosak. Matikan perkakas serta-merta. Periksa 
penapis. Jangan guna penapis yang rosak!
Arahan keselamatan penting
ms
11

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents