Bosch MES4000GB Instruction Manual page 10

Hide thumbs Also See for MES4000GB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

ms
Pengendalian mengikut peraturan 
Pengendalian mengikut peraturan
Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah 
tangga dan di sekitar rumah. 
Perkakas ini sesuai untuk memerah buahan (cth. epal, pear, plum 
dan ceri yang dibuang biji) dan sayuran (cth. tomato, lobak). Ia tidak 
sesuai terutamanya bagi memproses buahan dan sayuran yang 
keras, berserat dan berkanji (cth. tebu, pisang, betik, avokado, buah 
ara, mangga). Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan 
pada suhu bilik dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting.
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan! 
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat. Ketidakpatuhan 
terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan betul akan 
mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan 
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman 
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut 
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan 
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas 
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau 
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
  ■ Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi 
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda 
kerosakkan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada 
peralatan, seperti menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh 
dilakukan oleh khidmat pelanggan kami bagi mengelakkan 
bahaya.
  ■ Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang 
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas 
semasa menggunakannya! 
  ■ Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan dengan 
permukaan panas, seperti plat panas. Jangan biarkan kord kuasa 
bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di atas 
bahagian sisi yang tajam. 
  ■ Jangan sesekali meredam unit asa ke dalam cecair atau 
memegangnya di bawah air yang mengalir dan jangan 
bersihkannya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk. 
Jangan gunakan pembersih wap. Jangan kendalikan perkakas 
dengan tangan yang basah. 
10 

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents