Bosch MCM?3...GB Instruction Manual page 29

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Kanak-kanak tidak harus bermain dengan perkakas.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja. Jangan
menggunakan perkakas jika kord kuasa dan/atau perkakas telah
rosak.
Sebelum menggantikan aksesori atau alat ganti tambahan,
yang bergerak semasa operasi, matikan perkakas dan putuskan
sambungan bekalan kuasa. Sentiasa cabut palam perkakas dari
bekalan jika ia ditinggalkan tanpa dijaga dan sebelum memasang,
menyahpasang atau membersihkannya.
Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau
permukaan yang panas. Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa
yang rosak mestilah digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan
pelanggannya atau orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki perkakas.
, Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Risiko kecederaan
Risiko kejutan elektrik
Jika bekalan kuasa terganggu, perkakas masih hidup dan dimulakan
semula apabila bekalan pulih.
Jangan merendamkan unit tapak dalam cecair atau meletakkannya di
bawah air yang mengalir dan jangan membasuhnya dalam pembasuh
pinggan mangkuk.
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar palam sesalur.
Risiko kecederaan daripada alat yang berputar!
Semasa perkakas sedang dikendalikan, jauhi jari dari mangkuk adun.
Sentiasa gunakan penolak untuk menambah bahan.
Selepas dimatikan, pemacu akan terus berputar untuk masa yang
singkat. Tukar alat hanya apabila pemacu telah berhenti sepenuhnya.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam/pemacu berputar!
Jangan sekali-kali mencapai tangan ke dalam jag pengadun yang
terpasang!
Jangan menanggalkan/memasang jag pengadun sehingga pemacu
telah berhenti.
Jangan menanggalkan/memasang jag pemotong universal sehingga
pemacu telah berhenti.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam!
Jangan menyentuh mata bilah pemotong universal dengan tangan
terdedah. Apabila tidak digunakan, sentiasa simpan bilah universal
dalam adang bilah. Bersihkannya dengan berus.
Jangan menggenggam bilah tajam atau pinggir cakera pemotong.
Genggam cakera pada bahagian plastik di tengah-tengah sahaja!
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
29
29

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents