Jonsered CS 2240 II Operator's Manual page 41

Hide thumbs Also See for CS 2240 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
dengan bebas, dan tiada sebarang kelonggaran pada
bahagian bawah batang tersebut. (29)
Kedudukan skru menegangkan rantai berbeza pada
model-model gergaji rantai kami. Lihat arahan dalam
bahagian Apa dan di mana untuk mengetahui di mana ia
terletak pada model anda.
CS 2240S II
Lepaskan tombol dengan melipatnya ke luar (30)
Pusing tombol arah lawan jam untuk melonggarkan
penutup bilah. (31)
Laraskan ketegangan rantai dengan memusing roda
ke bawah (+) untuk mengetatkan dan ke atas (-) untuk
melonggarkan ketegangan. (32)
Ketatkan klac bilah dengan memusing tombol ikut
arah jam. (33)
Lipat semula tombol untuk mengunci ketegangan.
(34)
Melincir alat-alat pemotong
AMARAN! Pelinciran yang tidak
!
mencukupi pada kelengkapan memotong
boleh mengakibatkan rantai terputus dan
boleh mencederakan serta membawa
maut.
Minyak rantai
Minyak pelincir rantai mesti melekat pada rantai dan
mengekalkan ciri pengalirannya tidak kira cuaca panas
atau sejuk.
Sebagai pembuat gergaji rantai, kami telah menghasilkan
minyak pelincir optima berasaskan minyak sayuran dan
boleh hancur-larut. Kami syorkan penggunaan minyak
pelincir keluaran kami untuk menentukan hayat
maksimum rantai dan pencemaran minimum alam
sekitar. Jika minyak rantai keluaran kami tidak dapat
diperolehi, gunakan minyak pelincir rantai biasa.
Jangan gunakan sisa-sisa minyak! Ini berbahaya
kepada anda, mesin dan alam sekitar.
PENTING! Apabila menggunakan minyak rantai
berasaskan sayur-sayuran, tanggal dan bersihkan lurah
di bilah dan rantai gergaji sebelum disimpan untuk
tempoh yang lama. Jika tidak, terdapat risiko minyak
rantai teroksida yang akan menyebabkan rantai gergaji
keras dan gegancu hujung bilah tersangkut.
Mengisi minyak pelincir rantai
Semua model gergaji rantai keluaran kami
mempunyai sistem pelinciran rantai automatik. Bagi
sesetengah model, kadar pelincirannya boleh
dilaraskan.
Tangki minyak rantai gergaji dan tangki bahan bakar
direka agar bahan bakar kehabisan dahulu sebelum
minyak rantai gergaji.
1155356-94 Rev.3 2015-10-06
Bagaimanapun, ciri keselamatan ini memerlukan
anda menggunakan minyak rantai yang betul (jika
minyak terlalu cair, ia akan kehabisan sebelum bahan
bakar), dan anda melaraskan karburetor seperti yang
disyorkan (campuran yang tidak baik bermakna
bahan bakar tahan lebih lama daripada minyak). Anda
juga mesti menggunakan kelengkapan memotong
yang disyorkan.( bilah yang terlalu panjang akan
menggunakan lebih minyak rantai).
Pemeriksaan pelinciran rantai
Periksa pelinciran rantai setiap kali anda mengisi
semula bahan bakar.
Acukan hujung gergaji ke permukaan cerah kira-kira
20 cm (8 inci) jaraknya. Selepas seminit enjin berjalan
dengan kelajuan 3/4 pendikit, anda sepatutnya
nampak renjisan minyak pelincir di permukaan
tersebut.
Jika pelinciran rantai tidak boleh berfungsi:
Periksa dan pastikan saluran pelincir tidak tersumbat.
Bersihkan jika perlu. (35)
Periksa dan pastikan lurah papan bersih. Bersihkan
jika perlu. (36)
Periksa dan pastikan gegancu di hujung papan
bergerak bebas dan saluran pelincir tidak tersekat.
Bersihkan dan lincirkan jika perlu. (37)
Jika pelinciran rantai masih tidak berfungsi selepas
menjalankan langkah-langkah tersebut, hubungilah wakil
servis anda.
Gegancu rantai
Gelendong klac telah dipasang dengan salah satu
daripada gegancu berikut:
A Gegancu spur (gegancu rantai dikimpal kepada dram)
B Gegancu rim (boleh ditukar) (38)
Kerap periksa tahap kehausan gegancu. Gantikan jika
haus teruk. Tukar gegancu setiap kali anda menukar
rantai.
Pelinciran bearing jarum
Kedua-dua jenis gegancu pandu mempunyai bearing
jarum di aci output, yang mesti kerap digris (seminggu
sekali). AWAS! Hanya gunakan gris bearing berkualiti
tinggi atau minyak enjin
sahaja.
Lihat arahan di bawah tajuk Pelinciran bearing jarum.
Malaysian
41

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cs 2240s ii

Table of Contents