Jonsered CS 2240 II Operator's Manual page 40

Hide thumbs Also See for CS 2240 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
Bahagian yang memotong pada rantai dinamakan
mata memotong dan ini terdiri daripada gigi
memotong (A) dan bibir raker (B). Kedalaman
memotong ditentukan oleh perbezaan ketinggian
antara kedua-duanya. (18)
Semasa anda mengasah gigi memotong, terdapat empat
faktor penting yang perlu diingati.
1
Sudut mengikir (19)
2
Sudut memotong (20)
3
Kedudukan kikir (21)
4
Garis lintang kikir bulat
Adalah sukar untuk mengasah rantai dengan betul tanpa
kelengkapan yang sesuai. Kami mengesyorkan anda
menggunakan tolok kikir kami. Ini akan membantu anda
memperoleh pengurangan lantunan dan prestasi
pemotongan yang maksimum daripada rantai anda. (22)
Lihat arahan dalam bahagian Data teknikal untuk
maklumat mengenai mengasah rantai anda.
AMARAN! Tidak mematuhi arahan
!
mengasah boleh meninggikan risiko
lantunan.
Mengasah gigi pemotong
Untuk mengasah gigi memotong, anda memerlukan kikir
bulat dan tolok kikir. Lihat arahan dalam bahagian Data
teknikal untuk maklumat mengenai saiz kikir dan tolok
yang disyorkan bagi gergaji rantai anda.
Pastikan rantai ditegangkan dengan betul. Rantai
yang kendur susah diasah dengan betul.
Sentiasa asah mata pemotong dari permukaan
dalam, kurangkan tekanan semasa menarik kikir. Kikir
semua mata satu permukaan dahulu dan kemudian
pusingkan gergaji untuk mengikir permukaan di
sebelahnya.
Kikir semua mata supaya serata. Apabila lebar mata
berkurangan sampai 4 mm (5/32"), ini menunjukkan
rantai telah haus dan perlu diganti. (23)
Nasihat am untuk melaraskan ketinggian raker
Apabila anda mengasah gigi memotong anda
mengurangkan ketinggian raker (kedalaman
memotong). Untuk mengekalkan prestasi memotong,
anda mesti mengikir semula gigi raker Lihat bahagian
Data teknikal untuk mendapatkan jarak ketinggian
raker rantai anda. (24)
AMARAN! Risiko lantunan adalah tinggi
!
jika jarak ketinggian terlalu besar!
40 – Malaysian
Melaraskan ketinggian raker
Gigi memotong mesti diasah dahulu sebelum
melaraskan ketinggian raker. Kami mengesyorkan
anda melaraskan ketinggian raker selepas tiap-tiap
tiga kali anda mengasah rantai. PERHATIAN!
Cadangan ini mengandaikan panjang gigi memotong
tidak banyak berkurang.
Anda memerlukan kikir rata dan tolok raker untuk
melaraskan ketinggian raker. Kami mengesyorkan
anda menggunakan tolok kikir kami untuk ketinggian
raker, bagi mendapatkan ukuran ketinggian dan sudut
yang betul pada bibir raker.
Letakkan tolok kikir di atas rantai gergaji. Maklumat
mengenai penggunaan tolok kikir boleh didapati pada
pembungkus. Gunakan kikir rata untuk mengikir
bahagian bibir raker yang terkeluar berlebihan.
Ketinggian raker betul apabila anda tidak terasa
halangan semasa menarik kikir di atas tolok. (25)
Menegangkan rantai
AMARAN! Rantai yang kendur boleh
!
terkeluar dan menyebabkan kecederaan
yang teruk atau membawa maut.
Lebih lama anda menggunakan sesuatu rantai, ia akan
menjadi lebih panjang. Adalah penting bagi anda melaras
rantai selalu untuk mengurangkan kendur rantai.
Periksa ketegangan rantai setiap kali anda mengisi bahan
bakar. INGAT! Rantai baru mempunyai tempoh
percubaan dan dalam jangkamasa ini, anda perlu
memeriksa ketegangan rantai selalu.
Ketatkan rantai seketat mungkin tetapi jangan terlalu
ketat hingga anda tidak boleh mengerakkannya dengan
tangan. (26)
CS 2240 II
Longgarkan nat bar yang memegang penutup klac
dan brek rantai. Gunakan spana kombinasi.
Kemudian ketatkan semula nat bar seketat yang boleh
dengan tangan anda. (27)
Angkat hujung papan dan tarik rantai dengan
mengetatkan skru penegang rantai menggunakan
spanar gabung. Tegangkan rantai hingga kendur di
sebelah bawah papan tidak kelihatan. (28)
Gunakan spanar bergabung untuk mengetatkan skru
pada palang tersebut sambil memegang bahagian
hujungnya. Periksa samada anda boleh
memusingkan rantai gergaji menggunakan tangan
1155356-94 Rev.3 2015-10-06

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Cs 2240s ii

Table of Contents