Nota-Nota Mengenai Penggunaan Kamera Anda - Sony Cyber-shot DSC-HX7 Instruction Manual

Digital still camera cyber-shot
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-HX7:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Nota-nota mengenai penggunaan kamera anda

Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
• Manual ini memerihalkan setiap fungsi peranti serasi/tak serasi TransferJet,
peranti serasi 1080 60i dan peranti serasi 1080 50i.
– Untuk menentukan sama ada kamera anda menyokong fungsi GPS, semak nama
model kamera anda.
Serasi GPS: DSC-HX7V
Tak serasi GPS: DSC-HX7
– Untuk menyemak sama ada kamera anda menyokong fungsi TransferJet, dan
sama ada ia adalah peranti serasi 1080 60i atau peranti serasi 1080 50i, semak
tanda-tanda yang berikut di bahagian bawah kamera.
Peranti serasi TransferJet:
Peranti serasi 1080 60i: 60i
Peranti serasi 1080 50i: 50i
• Dalam kapal terbang, pastikan anda mematikan kamera mengikut pengumuman
kabin.
• Jangan menonton imej 3D yang dirakam dengan kamera ini untuk tempoh masa
yang lama pada monitor serasi 3D.
• Apabila anda melihat imej 3D yang dirakam dengan kamera ini pada monitor
serasi 3D, anda boleh mengalami ketidakselesaan dalam bentuk ketegangan mata,
keletihan, atau rasa loya. Untuk mengelakkan simptom-simptom ini, kami
menyarankan agar anda mengambil waktu rehat dari semasa ke semasa. Walau
bagaimanapun, anda perlu menentukan untuk diri sendiri kekerapan dan lamanya
waktu rehat yang anda perlukan, kerana ini berbeza-beza mengikut individu. Jika
anda mengalami apa-apa jenis ketidakselesaan, berhenti menonton imej 3D
sehingga anda berasa lebih baik, dan dapatkan nasihat doktor jika perlu. Rujuk
juga arahan operasi yang dibekalkan dengan peranti atau perisian yang anda
sambungkan atau sedang gunakan bersama-sama kamera ini. Ambil perhatian
bahawa penglihatan kanak-kanak masih berada di peringkat perkembangan
(terutamanya kanak-kanak di bawah umur 6 tahun).
Rujuk pakar pediatrik atau pakar oftalmologi sebelum membiarkan anak anda
melihat imej 3D, dan pastikan dia mematuhi langkah berjaga-jaga di atas apabila
melihat imej sedemikian.
Pada peranti serasi GPS (DSC-HX7V sahaja)
• Gunakan GPS selaras dengan peraturan negara dan rantau tempat anda
menggunakannya.
• Jika anda tidak merekodkan maklumat lokasi dan arah, setkan [Pengesetan GPS]
kepada [Matikan].
(TransferJet)
MY
MY
21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents