LG C3380 User Manual page 96

User manual
Hide thumbs Also See for C3380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhati-hati.
• Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau beg
tanpa menutup wadah telefon (pin palam kuasa), barang-barang
berlogam (seperti duit syiling, klip kertas atau pen) boleh melitar
pintas telefon. Sentiasa tutup wadah telefon apabila tidak
digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan telefon anda di dalam ketuhar
gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan bateri meletup.
• Hanya kakitangan yang berdaftar seharusnya menservis telefon
dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau servis yang tidak
betul boleh menyebabkan kemalangan dan akibatnya
mentaksahkan waranti.
• Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena yang
rosak tersentuh kulit, ia boleh mengakibatkan sedikit kelecuran.
Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk menggantikan
antena yang rosak.
• Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan
sokongan pelanggan. Jangan tanggalkan ia.
Operasi Telefon yang Cekap
Untuk menikmati prestasi optimum dengan penggunaan kuasa
minimum sila:
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain untuk
bercakap. Semasa bercakap langsung ke dalam mikrofon,
halakan antena ke arah atas dan melepasi bahu anda.
Memastikan antenna di panjangkan apabila membuat panggilan.
• Jangan memegang antenna sambil membuat panggilan telefon.
Ini akan menjejas mutu panggilan dan menyebabkan telefon
beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang
diperlukan dan masa pengguanaan kuasa bateri di kurangkan.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan
sekalikali menghalakan alur inframerah ke arah mata seseorang.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan, yang boleh
menjejas prestasinya.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam saku
dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat
gangguan daripada telefon bimbit.
• Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
• Jangan bengkokkan, calarkan, atau dedahkan ia kepada elektrik
statik.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan memandu.
• Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
• Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum membuat
dan menjawab panggilan jika keadaan memandu memerlukan.
• Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem elektronik di
dalam kenderaan bermotor anda seperti stereo kereta,
kelengkapan keselamatan.
5
C3380

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents