Profil Audio [Menu - LG C3380 User Manual

User manual
Hide thumbs Also See for C3380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Profil Audio [Menu 1]

Dalam Profil, anda boleh melaras dan menyusun nada-nada
telefon bagi acara, persekitaran, atau kumpulan pemanggil yang
berlainan.
Terdapat enam profil pratetap: Getar Sahaja, Senyap, Umum,
Kuat, dan Alat dengar. Setiap profil boleh diperibadikan.
Tekan kekunci lembut kiri [Menu] dan pilih Profil menggunakan
kekunci-kekunci pandu arah atas/bawah.
Aktif [Menu 1-X-1]
1. Satu senarai profil dipaparkan.
2. Di dalam senarai Profil, tatal ke profil yang anda mahu aktifkan
dan tekan kekunci lembut kiri < [Pilih] atau kekunci OK.
3. Kemudian, pilih Aktifkan.
Peribadikan [Menu 1-X-2]
Tatal ke profil yang diingini di dalam senarai Profil. Selepas
menekan kekunci lembut kiri atau kekunci OK, pilih Peribadikan.
Pilihan tetapan profil dibuka. Tetapkan pilihan seperti yang
diperlukan.
• Jenis Isyarat Panggilan Masuk: Tetapkan jenis isyarat bagi
panggilan masuk.
• Nada Deringan: Pilih nada deringan yang diingini dari senarai.
• Volum Deringan: Tetapkan volum nada deringan.
• Jenis Isyarat Mesej: Tetapkan jenis isyarat bagi mesej.
• Nada Mesej: Pilih nada isyarat bagi mesej.
• Nada Pad Kekunci: Pilih nada pad kekunci yang diingini.
• Volum Pad Kekunci: Tetapkan volum nada pad kekunci.
• Nada Flip: Membolehkan anda menetap nada flip bagi
menyesuaikannya dengan persekitaran.
18
C3380
• Volum Bunyi Efek: Tetapkan volum bunyi kesan.
• Volum Kuasa On/Off: Tetapkan volum nada deringan apabila
menghidupkan/mematikan telefon.
• Jawapan Automatik: Fungsi ini akan diaktifkan hanya apabila
telefon anda disambungkan pada alat dengar atau kit bebas
tangan.
• Padam: Telefon tidak akan menjawab secara automatik.
• Selepas 5 Saat: Selepas 5 saat, telefon akan menjawab
secara automatik.
• Selepas 10 Saat: Selepas 10 saat, telefon akan menjawab
secara automatik.
Namakan Semula [Menu 1-X-3]
Anda boleh menamakan semula profil dan memberikan sebarang
nama yang anda mahu.
!
Perhatian
Profil-profil Getar sahaja, Senyap dan Alat dengar tidak boleh
dinamakan semula.
1. Untuk menukar nama profil, tatal ke profil itu di dalam senarai
profil dan selepas menekan kekunci lembut kiri atau kekunci
OK, pilih Namakan Semula.
2. Masukkan nama yang diingini dan tekan kekunci OK atau
kekunci lembut kiri < [OK].

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents