Download Print this page

Philips HI5914/36R1 User Manual page 8

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
10
Mod pematian automatik
Model tertentu dalam siri ini dilengkapi dengan mod pematian automatik.
Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama
-
5 minit. Lampu 'seterika sedia' akan bernyala.
Untuk mengaktifkan semula perkakas, tetapkan suis hidup/mati kepada kedudukan 'mati', kemudian
-
kepada kedudukan 'hidup'. Perkakas akan menjadi panas sekali lagi.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar dari plat tapak dari masa ke masa. Untuk
memastikan proses pembersihan dilakukan, penjana stim akan memberikan peringatan berkala.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan perkakas
akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses Pembersihan Kerak
(Raj. 3).
Petua: Anda boleh terus menyeterika tanpa stim tanpa menekan picu stim.
Selain itu, langkah keselamatan kedua untuk melindungi penjana stim daripada penyepaduan kerak: fungsi
stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan. Selepas penanggalan kerak dilakukan,
fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Nota: Proses Pembersihan Kerak boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun peringatan bunyi dan
lampu belum diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Jangan ganggu proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air
panas dan stim akan keluar dari plat tapak.
1 Isi separuh tangki air (Raj. 4).
Nota: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN sewaktu proses Pembersihan
Kerak.
2 Letakkan bekas Pembersihan Kerak pada papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan rata.
3 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak (Raj. 5).
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini sewaktu proses
tersebut kerana ini selamat.
4 Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip singkat (Raj.6).
5 Sewaktu proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam (Raj. 7).
6 Apabila proses Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN
akan berhenti bernyala (Raj. 8).
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di tapak (Raj. 9).
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-kira 5
minit sebelum anda menyentuh bekas. Kemudian, bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki, kosongkan
dan simpan bekas untuk penggunaan masa hadapan (Raj. 10).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 7. Pastikan anda mengosongkan bekas
Pembersihan Kerak sebelum memulakan proses Pembersihan Kerak.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hi5900 series