Download Print this page

Panasonic U-4LE2H4 Operating Instructions Manual page 6

Hide thumbs Also See for U-4LE2H4:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Terima kasih kerana membeli produk Panasonic ini.
Produk ini ialah unit luaran penyaman udara komersial.
Arahan Pemasangan dilampirkan.
Kandungan
Peringatan Keselamatan ................................................. 6
z
z
Langkah Berjaga-jaga untuk Penggunaan .................... 8
z
z
Nama Bahagian ................................................................ 9
z
z
Spesifikasi ...................................................................... 30
z
z
• Unit luaran .................................................................... 30
• Jadual bahasa komunikasi ......................................... 31
Maklumat Produk
Jika anda mempunyai masalah atau soalan
tentang Penyaman Udara anda, anda
perlukan maklumat berikut. Nombor model
dan nombor siri ada pada plat nama.
No. Model
No. Siri
Tarikh pembelian
Alamat penjual
Nombor telefon
Peringatan Keselamatan
Simbol-simbol yang berikut digunakan
dalam manual ini, mengingatkan anda
kepada keadaan yang berpotensi
berbahaya kepada pengguna, kakitangan
servis atau perkakas:
AMARAN
AWAS
Perkara
dilarang
• Baca Arahan Pengendalian ini dengan teliti sebelum
menggunakan penyaman udara. Jika anda masih
mengalami apa-apa kesulitan atau masalah, rujuk
wakil penjual anda untuk bantuan.
• Penyaman udara ini direka bentuk untuk memberikan
anda keadaan bilik yang selesa. Gunakannya
hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang
diterangkan dalam Arahan Pengendalian ini.
6
Simbol ini merujuk kepada
bahaya atau amalan
tidak selamat yang boleh
mengakibatkan kecederaan
diri yang teruk atau kematian.
Simbol ini merujuk kepada
bahaya atau amalan
tidak selamat yang boleh
mengakibatkan kecederaan
diri atau kerosakan produk
atau harta.
Perkara untuk
dipatuhi
AMARAN
Sahkan dengan wakil penjual
atau pakar yang berdaftar tentang
penggunaan jenis bahan penyejuk
yang ditentukan. Penggunaan bahan
penyejuk yang bukan daripada jenis
yang ditentukan boleh menyebabkan
kerosakan pada produk, pecah dan
kecederaan dsb.
Penyaman udara ini tidak mempunyai
ventilator untuk mengambil udara
segar dari luar rumah. Anda mesti
membuka pintu atau tingkap dengan
kerap apabila anda menggunakan
perkakas pemanasan gas atau minyak
di dalam bilik yang sama, yang banyak
menggunakan oksigen dari udara.
Jika tidak, akan wujud risiko lemas
dalam kes yang melampau.
Jangan sekali-kali menggunakan atau
menyimpan petrol atau wap atau cecair lain
yang mudah terbakar berhampiran penyaman
udara — ini adalah sangat berbahaya.
Jangan guna perkakas ini dalam keadaan
yang boleh berlaku letupan.
Jangan sentuh unit dengan tangan
yang basah.
Jangan masukkan jari atau objek lain
ke dalam unit dalaman atau luaran
penyaman udara, bahagian yang
berputar boleh menyebabkan kecederaan.
Sediakan salur keluar kuasa untuk
digunakan secara eksklusif bagi setiap
unit, dan pemutus sambungan bekalan
kuasa, pemutus kebocoran bumi
(ELCB) atau peranti arus baki (RCD)
untuk perlindungan arus lebihan perlu
disediakan dalam talian eksklusif ini.
Sediakan salur keluar kuasa eksklusif
untuk setiap unit, dan cara pemutusan
sambungan penuh yang mempunyai
pemisahan sentuhan dalam semua
kutub mestilah digabungkan dalam
pendawaian tetap selaras dengan
peraturan pendawaian.
Untuk mencegah kemungkinan
bahaya daripada kegagalan
penebatan, unit mestilah dibumikan.
Jangan gunakan kord yang
diubah suai, kord bersama,
kord sambungan atau kord
yang tidak ditentukan untuk mencegah
pemanasan lampau dan kebakaran.

Advertisement

loading