Midea MB-FS5020 User Manual page 28

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Sebelum menggunakan periuk elektrik, adalah wajar
untuk mengelap bahagian luar periuk dalaman sehingga
kering untuk mengelakkan kerosakan.
Perkakas ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya
dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka
telah diberi pengawasan atau arahan mengenai
cara penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Amaran
Semasa pengendalian, jangan tutup injap wap dengan
kain, dan dilarang meletakkan produk ini berhampiran
dengan bahan mudah terbakar. Apabila menggunakan
produk ini, jauhkan ia daripada langsir tingkap, tirai,
langsir pintu atau bahan seumpamanya bagi
mengelakkan kebakaran.
Jangan gunakan periuk ini untuk memasak makanan
yang mudah menyebabkan bukaan tersumbat,
contohnya makanan berbentuk kepingan
(seperti rumpair air dan kubis) atau makanan
berbentuk jalur (seperti kelp) dan makanan berbentuk
cebisan (seperti hampas jagung) bagi mengelakkan
kemalangan atau kerosakan periuk nasi.
Semasa pengendalian, jangan dekatkan muka atau
tangan anda pada bukaan wap bagi mengelakkan
kelecuran.
Jangan mengubah bentuk perkakas ini: hanya
juruteknik penyelenggaraan dibenarkan membaiki
atau merungkai perkakas ini bagi mengelakkan
kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan peribadi.
05

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents