Amaran Keselamatan - Makita VC009G Instruction Manual

Cordless backpack vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for VC009G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Hanya untuk negara-negara EU
Ni-MH
Disebabkan kehadiran komponen
Li-ion
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Tujuan penggunaan
Tujuan penggunaan alat untuk mengumpul debu kering.
Alat ini sesuai untuk kegunaan komersial, sebagai
contoh di hotel, sekolah, hospital, kilang, kedai, pejabat
dan perniagaan sewaan.

AMARAN KESELAMATAN

Amaran keselamatan pembersih
hampagas tanpa wayar
AMARAN:
PENTING! BACA DENGAN TELITI
semua amaran keselamatan dan semua arahan
SEBELUM GUNA. Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
1.
Sebelum digunakan, pastikan yang pembersih
ini mestilah digunakan oleh individu yang
telah diberi arahan yang secukupnya tentang
kegunaan pembersih ini.
Jangan gunakan pembersih ini tanpa penapis.
2.
Gantikan penapis yang rosak dengan
serta-merta.
3.
Jangan cuba untuk menyedut bahan mudah
terbakar, bunga api, puntung rokok yang
menyala, abu panas, serpihan logam panas,
bahan tajam seperti pisau cukur, jarum, gelas
yang pecah atau yang sama sepertinya.
JANGAN SEKALI-KALI GUNAKAN
4.
PEMBERSIH DI SEKITAR GASOLIN, GAS,
CAT, PEREKAT ATAU LAIN-LAIN BAHAN
YANG SANGAT MUDAH MELETUP. Suis
menghasilkan percikan semasa ON dan OFF.
Penukar tertib motor juga begitu semasa
operasi. Letupan yang berbahaya mungkin
berlaku.
5.
Pembersih ini tidak sesuai untuk menangkap
habuk berbahaya.
6.
Jangan sekali-kali menyedut bahan toksik,
karsinogenik, bahan mudah terbakar atau
berbahaya yang lain seperti asbestos,
arsenik, barium, berilium, plumbum, racun
serangga, atau bahan lain yang memudaratkan
kesihatan.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih di
7.
luar dalam hujan.
8.
Untuk Finland, mesin ini tidak boleh digunakan
di luar pada suhu rendah.
9.
Jangan gunakan berhampiran dengan sumber
haba (dapur dan sebagainya).
10. Jangan halang injap penyejukan. Injap ini
membenarkan penyejukan motor. Sumbatan
harus dielakkan dengan berhati-hati jika
tidak, motor akan terbakar disebabkan kurang
pengudaraan.
11.
Pastikan pijakan dan keseimbangan yang betul
pada setiap masa.
12. Jangan lipat, tarik atau pijak hos.
13. Hentikan pembersih serta-merta jika anda
mengesan prestasi yang lemah atau sesuatu
yang tidak normal semasa operasi.
14. NYAHSAMBUNGKAN BATERI. Apabila tidak
digunakan, sebelum melakukan servis, dan
semasa menukar aksesori.
15. Bersihkan dan servis pembersih serta-merta
selepas setiap penggunaan untuk memastikan
ia dalam keadaan operasi yang terbaik.
16. SELENGGARA PEMBERSIH DENGAN
BERHATI-HATI. Pastikan pembersih sentiasa
bersih untuk prestasi yang lebih baik dan
selamat. Ikuti arahan untuk menukar aksesori.
Pastikan pemegang sentiasa kering, bersih
dan bebas daripada minyak dan gris.
17. PERIKSA BAHAGIAN YANG ROSAK. Sebelum
menggunakan alat dengan lebih lanjut,
pengadang atau bahagian lain yang rosak
harus diperiksa dengan berhati-hati untuk
menentukan yang ia akan beroperasi dengan
betul dan berfungsi seperti yang dinyatakan.
Periksa penjajaran bahagian yang bergerak,
keterikatan bahagian yang bergerak, bahagian
yang pecah, lekapan dan sebarang keadaan
lain yang boleh menjejaskan operasinya.
Pengadang atau bahagian lain yang rosak
harus dibaiki dengan betul atau diganti
oleh pusat servis sah melainkan sebaliknya
dinyatakan di tempat lain dalam manual
arahan ini. Gantikan suis yang rosak di pusat
servis yang disahkan. Jangan gunakan
pembersih jika suis tidak menghidupkan atau
mematikannya.
18. ALAT GANTIAN. Semasa menservis, gunakan
hanya alat gantian yang serupa.
19.
Apabila tidak digunakan, sentiasa simpan
pembersih di dalam bangunan.
20. Jaga pembersih anda dengan baik.
Pengendalian yang kasar boleh menyebabkan
retakan walaupun pada pembersih yang dibina
dengan sangat kukuh.
21. Jangan cuba untuk membersihkan bahagian
luaran atau dalaman dengan benzin, pencair
atau bahan pencuci kimia. Retakan dan
perubahan warna boleh berlaku.
57 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents