Mitsubishi Electric Mr. SLIM MSY-JS18VF Operating Instructions Manual page 22

Split-type air conditioners
Hide thumbs Also See for Mr. SLIM MSY-JS18VF:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

● ARAHAN PENGENDALIAN ●
P
ERINGATAN KESELAMATAN
Pengguna tidak boleh sesekali cuba mencuci bahagian dalam unit dalaman. Sekiranya bahagian
dalam unit ini perlu dibersihkan, sila hubungi wakil penjual anda.
• Bahan pencuci yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerosakan kepada bahan plastik di dalam
unit ini, yang boleh menyebabkan kebocoran air. Sekiranya bahan pencuci terkena pada komponen
elektrik atau motor, ia boleh menyebabkan pincang tugas, terhasilnya asap atau kebakaran.
• Perkakas hendaklah disimpan di dalam bilik yang tiada sumber pencucuhan berterusan (sebagai
contoh: nyalaan terbuka, perkakas gas atau pemanas elektrik yang sedang beroperasi.)
• Berjaga-jaga kerana bahan penyejuk itu mungkin tidak mempunyai bau.
• Jangan guna cara lain untuk mempercepatkan proses nyahfros atau membersihkan perkakas,
selain daripada yang disarankan oleh pengeluar.
• Jangan cucuk atau bakar.
Unit dalaman harus dipasang di bilik yang melebihi ruang lantai seperti dinyatakan. Sila
berunding dengan wakil penjual anda.
Jangan sentuh salur masuk udara atau bilah aluminium unit dalaman/luaran.
• Ini boleh menyebabkan kecederaan.
Jangan semburkan pembunuh serangga atau semburan mudah terbakar pada unit ini.
• Ia boleh menyebabkan kebakaran atau kecacatan bentuk unit ini.
Jangan dedahkan haiwan peliharaan atau tanaman secara terus kepada aliran udara.
• Ini boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan atau tanaman.
Jangan letakkan perkakas elektrik atau perabot lain di bawah unit dalaman/luaran.
• Air mungkin menitis dari unit ini, yang boleh menyebabkan kerosakan atau pincang tugas.
Jangan biarkan unit ini di atas kaki pemasangan yang rosak.
• Unit ini boleh jatuh lalu menyebabkan kecederaan.
Jangan berpijak di atas meja yang tidak stabil untuk mengendalikan atau membersihkan unit ini.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan jika anda terjatuh.
Jangan tarik kord kuasa.
• Ia boleh menyebabkan sebahagian daripada dawai terasnya putus, yang boleh menyebabkan
pemanasan berlebihan atau kebakaran.
Jangan cas atau kopek baterinya, dan jangan campakkannya ke dalam api.
• Ini boleh menyebabkan bateri bocor, atau menyebabkan kebakaran atau letupan.
Jangan kendalikan unit ini lebih daripada 4 jam pada kelembapan yang tinggi (80% RH atau
lebih) dan/atau dengan tingkap atau pintu luar dibiarkan terbuka.
• Ini boleh menyebabkan berlakunya pemeluwapan di dalam penyaman udara, yang boleh menitis
ke bawah, lalu membasahkan atau merosakkan perabot.
• Pemeluwapan di dalam penyaman udara ini boleh menyumbang kepada pertumbuhan fungus, seperti kulapuk.
Jangan gunakan unit ini untuk tujuan tertentu, seperti menyimpan makanan, membela haiwan,
menanam tumbuhan, atau memelihara peranti persis atau objek seni.
• Ini boleh menyebabkan kualitinya merosot, atau bahaya kepada haiwan dan tumbuhan.
Jangan dedahkan perkakas pembakaran kepada aliran udara terus.
• Ini boleh menyebabkan pembakaran yang tidak lengkap.
Jangan sesekali memasukkan bateri ke dalam mulut anda atas apa jua sebab bagi mengelakkan
tertelan secara tidak sengaja.
• Tertelan bateri boleh menyebabkan tercekik dan/atau keracunan.
Sebelum membersihkan, MATIKAN unit ini dan cabut palam kuasanya atau MATIKAN pemutusnya.
• Ia boleh menyebabkan kecederaan, oleh sebab kipas di dalamnya berputar pada kelajuan tinggi semasa operasi.
Apabila unit ini tidak akan digunakan untuk tempoh yang lama, cabut palam kuasa atau MATIKAN pemutusnya.
• Unit ini mungkin mengumpulkan kotoran, yang boleh menyebabkan pemanasan berlebihan atau kebakaran.
Gantikan semua bateri alat kawalan jauh dengan yang baharu daripada jenis yang sama.
• Menggunakan bateri lama bersama dengan yang baharu boleh menyebabkan pemanasan
berlebihan, kebocoran, atau letupan.
Jika cecair bateri terkena pada kulit atau pakaian anda, cuci dengan teliti menggunakan air yang bersih.
• Jika cecair bateri terkena mata anda, cuci dengan teliti menggunakan air yang bersih dan dapatkan
rawatan perubatan dengan segera.
Ms-3
AMARAN
AWAS

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mr. slim msy-js24vf

Table of Contents