Makita VC008G Instruction Manual page 49

Cordless backpack vacuum cleaner
Hide thumbs Also See for VC008G:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
NOTIS:
Untuk mengekalkan kuasa sedutan
yang optimum dan ekzos yang bersih, bersihkan
penapis HEPA secara berkala. Jika kuasa sedutan
yang mencukupi tidak diperoleh walaupun
selepas pembersihan, gantikan penapis HEPA
dengan yang baharu.
NOTIS:
Untuk mengelakkan penapis HEPA
daripada rosak, jangan gunakan alat berikut dan
item yang sama untuk pembersihan:
Pengabuk udara
Pencuci bertekanan tinggi
Alat yang diperbuat daripada bahan yang
keras seperti berus metalik
1.
Buka penutup dan keluarkan beg penapis.
Lepaskan cangkuk pada penapis HEPA dan
tanggalkannya daripada badan pembersih vakum.
► Rajah35
2.
Keluarkan habuk dari penapis HEPA. Penapis
HEPA boleh dibasuh dengan air. Bilas habuk dan zarah
pada penapis HEPA setiap 1 atau 2 bulan. Selepas itu,
keringkan penapis HEPA sepenuhnya di tempat yang
teduh dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk
mencegah bau tidak menyenangkan atau pincang
tugas.
3.
Untuk memasang penapis HEPA, masukkan sisi
tanpa kelopak ke dalam pemegang kemudian tekan
penapis HEPA ke bawah sehingga penutupnya diikat
oleh t rusuk.
► Rajah36: 1. Pemegang 2. Penapis HEPA 3. Rusuk
4. Kelopak
Membersihkan beg habuk
Bersihkan beg habuk dengan sabun dan air secara
kerap. Balikkan beg habuk dari dalam ke luar dan
keluarkan habuk yang melekit. Basuh sedikit dengan
tangan dan bilas dengan air. Keringkan sepenuhnya
sebelum memasang ke pembersih vakum.
► Rajah37
NOTIS:
Beg habuk yang basah menurunkan
prestasi penyedutan dan juga jangka hayat motor.
Membersihkan yang tersumbat
Apabila membersihkan yang tersumbat, tanggalkan
hos atau tongkat sambungan atau pemasangan paip
bengkok untuk memeriksa di dalamnya.
Menanggalkan/melekatkan pemasangan paip
bengkong jenis tekan
Untuk menanggalkan, tarik pemasangan paip bengkok
semasa menekan kedua-dua tab pada hujung hos.
Untuk melekatkan, masukkan hujung hos ke dalam
pemasangan paip bengkok. Pastikan tab pada hujung
hos berdetap ke dalam lubang pada pemasangan paip
bengkok.
► Rajah38: 1. Hujung hos 2. Tab 3. Lubang
4. Pemasangan paip bengkok
Menanggalkan/melekatkan pemasangan paip
bengkong jenis skru
Untuk menanggalkan, longgarkan lengan pemasangan
paip bengkok daripada hos.
Untuk melekatkan, ketatkan lengan pemasangan paip
bengkok ke hos.
► Rajah39: 1. Hos 2. Pemasangan paip bengkok
3. Lengan
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini. Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Hos (untuk jenis pembersih vakum)
Hos (untuk jenis pengekstrakan habuk)
Tongkat sambungan
Muncung bebas
Muncung bentuk T
Muncung tempat duduk
Muncung penjuru
Berus rak
Berus bulat
Pemasangan paip bengkok
Beg penapis
Beg habuk
Manset hadapan
Penapis HEPA
Paip
Penutup abah-abah
Pemasangan siklon
Bateri dan pengecas asli Makita
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
Pemasangan siklon
NOTA: Apabila menggunakan sambungan siklon
dengan peralatan ini, paip bengkok juga diperlukan.
► Rajah40: 1. Pemasangan siklon
Tentang pemasangan siklon
Menggunakan pembersih dipasang dengan
pemasangan siklon mengurangkan jumlah habuk
yang masuk ke dalam beg habuk, yang membantu
menggelakkan daya sedutan daripada menjadi lemah.
Tambahan pula, pembersihan selepas penggunaan
juga adalah mudah.
49 BAHASA MELAYU
Aksesori-aksesori atau

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents