Untuk Keselamatan Anda - Bosch MFQ 30 GB Series Instruction Manual

Hide thumbs Also See for MFQ 30 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms

Untuk keselamatan anda

Tahniah kerana membeli peralatan Bosch
baru anda.
Dengan ini, anda telah memilih peralatan
domestik yang moden dan bermutu tinggi.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
tentang produk kami di halaman web kami.
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan dan
pengendalian peralatan ini.
Jika arahan bagi penggunaan peralatan yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan. Peralatan ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi
rumah biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan
bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah
seperti penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat, pertanian
dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan oleh
tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman yang
serupa. Guna peralatan untuk memproses kuantiti makanan yang
biasa untuk kegunaan domestik. Pengadun tangan adalah sesuai
untuk mengadun makanan seperti doh atau makanan cecair atau
untuk krim putar. Ia tidak boleh digunakan untuk memproses objek
atau bahan lain. Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang
selamat. Jika peralatan diserahkan kepada pihak ketiga, Arahan
pengendalian hendaklah sentiasa disertakan.
Arahan keselamatan umum
A Risiko kejutan elektrik
Peralatan tidak harus digunakan oleh kanak-kanak. Peralatan dan
kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak. Peralatan boleh
digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau
mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, jika mereka
telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan peralatan
dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami bahaya
yang terlibat. Kanak-kanak tidak harus bermain dengan peralatan.
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja. Jangan
menggunakan peralatan jika kord kuasa dan/atau peralatan telah
rosak. Sebelum menggantikan aksesori atau bahagian tambahan
yang bergerak semasa pengendalian, matikan peralatan dan cabut
8
Kandungan
Untuk keselamatan anda .............................8
Gambaran keseluruhan ............................. 10
Pengendalian ............................................. 10
Aksesori pilihan ...........................................11
Resipi ..........................................................11
Arahan tentang pelupusan . ........................ 13
Syarat-syarat waranti ................................. 13

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mfq3030

Table of Contents